3 Tempat Kaki “Outdoor” Tegar Malaysia WAJIB SUDAH PERGI Sebelum Orang Lain!

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Seorang pendaki wanita muda ini berkongsi pengalaman mengenai aktiviti-aktiviti lasak yang boleh di lakukan di Malaysia tanpa perlu berbelanja besar.

Perkembangan aktiviti lasak dan mencabar di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat naik. Ia adalah satu petanda positif ke arah gaya hidup yang sihat dan negara yang maju. Seringkali kita lihat ramai penggemar sukan lasak menghabiskan masa dengan mendaki atau hiking, sedangkan masih banyak lagi aktiviti lasak lain yang boleh di cuba!

Kami lampirkan 3 senarai aktiviti lasak dan mencabar yang PATUT anda cuba selagi anda masih bernyawa.

1. Menawan awan di Puncak Gunung Kinabalu

 

gunung-kinabalu-hiking-1

Pendakian ini bukanlah untuk golongan beginner dan ia memerlukan latihan dan kekuatan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Bak kata salah seorang pendaki wanita di sana,

“Kalau anda sudah panjat Broga dan Bukit Saga seratus kali pun, belum tentu anda dapat tawan puncak Kinabalu!”

Anda boleh layari laman di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Website: http://www.mountkinabalu.com
  • Yuran Masuk: Bergantung kepada pakej pendakian yang disediakan (bermula dar RM1120)

 

2. Menjadi “Kelawar” di Taman Negara Gua Mulu

 

Gua mulu sarawak

Masih lagi terdapat 1001 misteri mengenai Gua Mulu di Sarawak ini. Penemuan “Lagans Pool” iaitu kolam air yang berwarna biru jernih di dalam gua tersebut menjadikan ia salah satu penemuan yang menakjubkan sehingga hari ni. Tidak hairanlah mengapa gua ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Terdapat lagi satu gua di situ yang dikenali sebagai Clearwater Cave, yang juga memeliki air yang sangat jernih umpama kristal.

clearwater cave mulu

Credit: http://backpackology.org/2014/03/31/caving/

Untuk maklumat lanjut:

  • Contact: 08 5792 300
  • Website: mulupark.com
  • Yuran masuk: Dewasa RM15 / Kanak-kanak RM5

 

3. “White Water Rafting” di Gopeng, Perak atau Sungai Padas, Sabah

 

white-water-rafting-gopeng

Kalau dayung panjang sejengkal, jangan Sungai Itek, Gopeng hendak di duga! Namun jika anda masih mahukan cabaran lebih dasyat, sila cuba Sungai Padas di Sabah. Berbaloi-baloi. Hanya yang kental dan kuat sahaja boleh bertahan dengan arus sungai tersebut.

sungai-padas-river-sabah

Alamat: Jalan Sungai Itek, Gopeng, Perak
Website: http://www.riverbug.asia/perak/whitewater-rafting-kampar-river
Harga: Pakej bermula dari RM135

Sekian sahaja dari kami! Ayuh sahut cabaran!

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

7 thoughts on “3 Tempat Kaki “Outdoor” Tegar Malaysia WAJIB SUDAH PERGI Sebelum Orang Lain!

  1. Rizal Ahmad

    Tak sangka kat Malaysia ni banyak rupanya tempat aktiviti lasak cuma kita je tak tahu dan tiada promosi. Sayang nye.

    1. Penulis KakiReview Post author

      Ya betul En Rizal. Kita memerlukan lebih banyak promosi dari pelbagai pihak supaya pulau-pulau kita diberi pendedahan dan pengiklanan komersial yang sewajarnya.

  2. Thaddeus88

    Reading your blog gave me a lot of interesting informations about beautiful places in Malaysia, it deserves to go
    viral, and I can bring in more friends to enjor these outdoor activities. Good write-up thou! Thank God I can use Google Translate for this. HAHA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline