Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melihat “Ikan Duyung” di Pulau Pangkor

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Dikongsikan oleh seorang netizen bernama Lily Farhana dari laman Facebooknya sewaktu percutian di Pangkor baru-baru ini…

pulau pangkor

Saya diberi peluang untuk bercuti di rumah rehat Nipah Guesthouse in Teluk Nipah Pulau Pangkor dan disambut oleh Encik Anuar Razak, pemilik rumah rehat tersebut. Beliau sudahpun berumur lebih 40 tahun tetapi keringat dan tenaganya jauh lebih muda dari usianya.

nipah guesthouse pangkor

Saya di bawa ke bilik saya, bilik 122 yang terletak pada bahagian paling hujung rumah rehat itu, Agak seram kalau seorang sahaja tetapi mujurlah hari itu ramai pelawat dan semua bilik “sold out”. Untuk pengetahuan pembaca, saya menempah bilik Nipah Guesthouse melalui laman booking.com.

nipah-2

Setelah tiba di bilik, saya berehat sebentar sementara menunggu jam 12 tengah hari untuk saya lunch di kafetaria atau mana-mana restoren terdekat. Jam masih 11.20 pagi tetapi perut mula lapar, mungkin sebab saya tidak sarapan pagi dengan makanan lebih berat. Tibanya jam 12, saya mula keluar mencari makanan. Yang saya nampak hanya kafe ini menyediakan nasi lemak bungkus, telur, roti dan sosej beserta buah-buahan. Saya membatalkan niat untuk makan di situ.

kafe-nipah

Dalam keadaan lapar, saya masih sempat mengambil beberapa gambar menarik di sekitar rumah rehat ini:

img_4664-001pangkor-guest-house

pangkor-guest-house-roomnipah-guesthouse-pangkor2

Selasai sahaja makan tengah hari, saya ke kawasan pantai. Agak kesunyian bila bercuti seorang sahaja, ini pun atas urusan kerja, jika tidak, pasti saya akan bawa seluruh keluarga ke sini untuk bercuri di Pulau Pangkor ini.

Sesi petang saya ke jeti dan menunggu pemandu pelancong di dalam bot. Ketika itu cuaca sudah mula redup, awan pun sedikit gelap seakan hendak hujan. Saya terlupa untuk bawa kaca mata saya kerana tergesa-gesa keluar dari bilik tadi sehingga terlupa. Mata agak rabun dan kurang jelas penglihatan saya.

Tiba – tiba saya terdengar bunyi “splash” air yang agak kuat dari bawah bot. Saya mula menjengah ke bawah bot, kalau-kalau ada sesuatu. Pemandu bot masih belum sampai, maka saya pasti bukan dia yang membuat bunyi pukulan air tadi.

Sekali lagi bunyi splash air kedengaran. Saya semakin curiga. Saya beranikan diri untuk lihat ke bawah bot. Alangkah terperanjatnya saya…saya lihat ada “sesuatu” bayang gelap berlegar dari bawah bot. Saya amati betul-betul. Saya mula terbayang macam-macam di fikiran. Mulanya saya ingat ikan Pari atau batang kayu,tapi bila lihat dengan dekat…nampak macam tubuh perempuan.!

Saya memang menyangka bahawa itulah Puteri Duyung atau Ikan Duyung yang pernah menjadi mitos dan bualan orang di Pulau Pangkor. Bayang itu kemudian makin menghilang dan berenenang jauh ke dalam laut, samar-samar dek kerana rabun saya. Tidak lama kemudian, pemandu bot menyapa saya dari belakang.

“Cik, kita nak kemana ya?” tanya pemandu bot dalam lingkungan 30-an.

“Oh kita ke tengah laut sikit, saya nak tengok sunset,” jawab saya. Tapi fikiran saya masih teringat kejadian melihat ikan duyung tadi.

Din, si pemandu bot terus memacu enjin bot ke kawasan tengah laut. Matahari mula terbenam di ufuk barat. Sangat indah suasana ketika itu. Sukar untuk saya tuliskan di sini.

Sambil menikmati pemandangan sunset yang indah itu, saya beranikan diri untuk bertanya kepada Encik Din, kalau-kalau dia ada nampak sesuatu pelik dalam perjalanan ke bot tadi.

“Din ade nampak ikan besar tak tadi?” tanya saya.

“Masa bila cik Lily?” tanya Din semula.

“Alaa..masa mula-mula Din sampai tadi. Saya ada nampak macam ‘ikan duyung’..hehe.” Saya hanya buat pura-pura tak pasti, takut Din fikir saya ni banyak sangat berimaginasi.

“Oh,,,ikan duyung tu ke cik Lily?” jawab Din selamba, sambil menyalakan putung rokoknya,

Saya terpinga. Betulke Din ni nampak jugak ikan duyung tu? dalam hati saya. “Din ada nampak jugak eh?” ujar saya.

“Itu kita punya snorkelling student. Alisa nama budak tu. Diorang nak buat persembahan nanti untuk sambut pelancong dari Eropah minggu depan. So dia practice menyelam dalam sut ikan duyung..ade je jual sut tu kat internet”

Saya tersimpul malu. Ingatkan saya dah jumpa Puteri Duyung atau Mermaid Princess saya yang saya minat sejak kecil lagi, tapi…..semuanya itu salah faham sahaja! AHHH MALUNYA!

Sekembali ke bilik, saya google image. Dan saya jumpa gambar ni, lalu saya pekik “Cis tak guna!”

Sekian perkongsian percutian menarik saya di Pulau Pangkor bersama “Ikan Duyung” saya. Secara keseluruhan, saya amat mencadangkan anda semua untuk pergi ke Pangkor kerana ia sangat menenangkan fikiran!

pulau-pangkor-ikan-duyuing

pulau pangkor

 

Info lanjut:

Nipah Guesthouse Pangkor

Lot 4506, Teluk Nipah
32300 Pulau Pangkor

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

4 thoughts on “Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melihat “Ikan Duyung” di Pulau Pangkor

  1. Siti Hajar

    Saya pun pernah ke Teluk Nipah, Pangkor. Memang cantik dan air memang jernih, boleh lihat orang snorkeling dari atas bot. Kelakar pun ada bila terbaca kisah ‘ikan duyung’ Cik Lily.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline