6 “Night Market” di Thailand yang Wajib Di Kunjungi Kaki Shopping [No.3 Paling Syok]

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Pengkongsian dari wanita ini mendapat 9,000 shares di Facebook tentang tempat-tempat menarik di Thailand terutama “Night Street Market”-nya yang unik!

Siapa tak kenal dengan negara Thailand, syurga makanan dan membeli-belah yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kos ke sana juga agak rendah jika berbanding ke China, Vietnam atau Taiwan, dan kita mempunyai pilihan untuk memandu sendiri ke sana atau menaiki kapal terbang – lagi cepat sampai kan!

Di sini, netizen Aminah Ayu telah berkongsi 6 lokasi paling best untuk berbelanja atau shopping tanpa perlu risau kalau “wallet nipis”. Jom lihat senarai di bawah:

1. Talad Rot Fai Market Srinakarin

 

talad rod fai night market

Kepada penggemar barangan antik, pasar malam Rot Fai ini mungkin membuatkan anda rambang mata. Ia merupakan tempat lepak golongan hipster dikalangan warga Bangkok. Pasar ini juga menjual pakaian ringkas, dres kasual, aksesori wanita, sarung telefon bimbit dan juga makanan snek tempatan yang boleh anda beli sebagai buah tangan.

Apa yang menarik mengenai night street market Rot Fai ini ialah kepelbagaian barangan ala retro seperti Vespa old-school, jam antik dan juga basikal Harley – semuanya di bawah satu bumbung!

talad-rod-fai-market

Info lanjut:

Waktu Perniagaan: Khamis – Ahad: 5:00 ptg – 12:00 malam
Alamat: Srinakarin Soi 51, Bangkok.
Petunjuk: Ambil tren ke On Nut BTS Station dan ambil teksi ke street market ini. Ianya terletak di belakang Seacon Square Shopping Mall.

2. New Ratchada Train Market

 

ratchada-rot-fai-train-market

Seperti mana hebatnya penangan pasar malam Talad Rot Fai di Srinakarin, night market baru ini yang juga terkenal dengan jolokan “Ratchada Train Market” tidak kurang hebatnya. Tempat ini lebih dikunjungi ramai pelancong di atas tarikan kafe-kafe hipster yang menarik konsepnya di tambah dengan menu masakan thai yang sedap.

ratchada-rot-fai-train-market2

Anda boleh mendapatkan pakaian-pakaian koleksi vintage di sini pada harga yang menarik dan tawar-menawar juga boleh dilakukan.

rotchada-rot-fai-market

Kepelbagaian kedai dan hasil jualan menambah keunikan pasar malam di Ratchada ini.

Tips KakiReview:  Harga pakaian dan cenderamata di sini jauh lebih murah berbanding pasar malam di Chatuchak.

Waktu Perniagaan: Khamis – Ahad: 5:00 ptg – 12:00 malam
Alamat: Ratcadaphisek Road (berdekatan Esplanade Shopping Mall)rot fai
Petunjuk: Ambil tren ke Thailand Cultural MRT Station dan berjalan ke Exit 3 di mana night market ini hanya beberapa minit perjalanan dari situ.

3. Bazar Kontena “Artbox Bangkok”

 

artbox-bangkok kontena

Pasar malam Artbox ini bertemakan kontena yang diubahsuai menjadi ruang kedai yang menarik dan menjadikan ia pasar kontena terbesar di dunia.  Pelbagai aksesori unik dan menarik di jual pada harga berpatutan (sedikit mahal dari biasa) dan juga baju kemeja-T daripada pengeluar label indie beserta cenderamata cantik yang dibuat sendiri oleh peniaga di Artbox Bangkok ini.

artbox-bangkok

artbox-bangkok market

Info lanjut:

Waktu Perniagaan: Pada hari Jumaat tertentu – Ahad: 3:00 ptg – 12:00 malam
Alamat: Lokasi mungkin bertukar dari masa ke masa. Lokasi sebelum ini berdekatan stesen tren (BTS Phrom Phang dan MRT Queen Sirikit). Lawati Artbox’s Facebook page untuk maklumat lanjut lokasi.

4. Asiatique the Riverfront Street Market

 

street-markets-asiatique-riverfront

Pasar malam Asiatique ini ibarat kelahiran semula pasar malam Suan Lam Night Market yang pernah menghuni kawasan Sungai Chao Phraya ini. Struktur gerai di sini lebih moden dengan keadaan kedai seperti butik dan bukan lagi payung-payung kebiasaan di mana-mana pasar malam. Ianya juga terkenal dengan pelawat yang ingin menaiki ferris wheel di sini.

asiatique_the_riverfront_bangkok

Keadaan di sini lebih tenang dan kurang sesak berbanding pasar-pasar malam lain di Thailand dan menjanjikan pengalaman shopping yang lain dari yang lain. Terasa seperti di negara Eropah pun ada dengan struktur bangunan dan hiasan ala moden kontemporari.

Tips KakiReview: Terdapat gerai menjual makanan halal di sepanjang Jalan Charoen Krung yang tidak jauh dari Asiatique. Masjid juga ada disediakan.

Waktu Jualan: Isnin – Ahad: 5:00 ptg – 12:00 malam
Alamat: 2194 Charoenkrung Road, Wat Prayakrai District, Bangkor Laem, Bangkok.
Petunjuk: Ambil tren ke Saphan Taksin Station dan ikut papan tanda ke “Asiatique’s shuttle boat” yang akan membawa anda ke sana dengan percuma (waktu operasi dari 4:00pm-11:30 pm).

5. Chatuchak Weekend & Street Market

 

chatuchak-market-thailand

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Bangkok, Thailand mesti tidak akan terlepas untuk berkunjung ke pasar hujung minggu Chatuchak yang menawarkan 1001 keunikan dari segi produk jualan, hasil kraf tangan sehinggalah kepada makanan dan minuman.

Digelarkan sebagai pasar jualan terbesar Thailand, Chatuchak menghimpunkan lebih 8,000 gerai atau booth yang mempamerkan hasil jualan mereka dengan harga berpatutan dan kebanyakan produk ini ialah produk rekaan tempatan yang jarang di dapati di tempat lain.

pasar chatuchak weekend market

Tips KakiReview:  Anda perlu pandai tawar-menawar kerana mereka akan meletakkan harga lebih tinggi untuk pelancong luar.

Waktu Jualan:
Rabu – Khamis: 6:00 am – 6:00 pm (Pokok dan bunga)
Jumaat: 6:00 am – 6:00 pm (Jualan Borong)
Sabtu – Ahad: 6:00am – 6:00pm (Pasar Jalanan)

 

6. Jatujak Green Night Market (JJ Green)

Jatujak Green Night Market (JJ Green)

Sekiranya anda sudah berkunjung ke Chatuchak, kini tiba masanya untuk melawat satu lagi tapak night market yang popular iaitu JJ Green Market.

Ia merupakan sejenis “flea market” dengan sentuhan retro, yang dipenuhi remaja-remaja trendy dan hipster di sekitar kota Bangkok. JJ Green Market ini juga sebelum ini dikenali sebagai Siam Gypsy Market, dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian makanan atau street food, bahagian cenderamata dan juga bahagian jual produk vintaj atau vintage.

jatujak-green-market

jj-green shopping

Info lanjut:

Waktu Jualan: Khamis – had : 5:00 ptg – 12:00 malam
Alamat: Kamphaeng Phet 3 Road, Chatuchak, Bangkok.
Petunjuk: Ambil tren ke Mo Chit BTS Station dan JJ Market ini terletak bedekatan Chatuchak Weekend Market.

Sekian sahaja perkongsian dari kami mengenai “Tempat Menarik di Thailand – Pasar Malam Street Market untuk Kaki Shopping”.

Sila like dan share post ini kepada rakan traveler anda!

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

46 thoughts on “6 “Night Market” di Thailand yang Wajib Di Kunjungi Kaki Shopping [No.3 Paling Syok]

  1. Ayu Yusnita

    Wow. Tak sangka pasar malam di Thailand bangkit lebih happening dan sangat hipster kalau compare dengan pasar malam di Malaysia. Memang wajin singgah kalah pergi Thailand lepas ni. Terima kasih atas review menarik ini!

    1. Penulis KakiReview Post author

      Sama-sama. Memang objektif penubuhan blog ini ialah untuk membuat ulasan-ulasan “first hand” untuk dijadikan panduan dan santapan minda pembaca blog kakireview.com ini.

  2. Pingback: bahis siteleri

  3. Pingback: bahis siteleri

  4. Pingback: bahis siteleri

  5. Pingback: sportotobet

  6. Pingback: http://www.datingnzcougar.info/

  7. Pingback: adult one to one chat room

  8. Pingback: link to the page

  9. Pingback: page

  10. Pingback: follow this post

  11. Pingback: read article

  12. Pingback: continue

  13. Pingback: follow this post

  14. Pingback: a source

  15. Pingback: just click for source

  16. Pingback: www.freexxxgals.info

  17. Pingback: 100% Free XXX Dates Members 48081

  18. Pingback: 100% Free Porn Hookup Users 40974

  19. Pingback: 100% Free PORNO Hookup List 17511

  20. Pingback: FREE Sex Meet Users 76134

  21. Pingback: Best Sex Dating List 33318

  22. Pingback: 100% Free Sex Hookup List 46722

  23. Pingback: 100% Free Sex Meet List 68604

  24. Pingback: 100% Free PORNO Dating Users 66816

  25. Pingback: 100% Free Sex Hookup Users 11241

  26. Pingback: FREE Porn Meet Members 16743

  27. Pingback: 4f8399dedf47934722b63.com

  28. Pingback: notehub.org

  29. Pingback: please click for source

  30. Pingback: on this page

  31. Pingback: notehub.org follow this link

  32. Pingback: read

  33. Pingback: notehub.org click Jiq

  34. Pingback: notehub.org continue cKn

  35. Pingback: read article

  36. Pingback: link to a continuation

  37. Pingback: check this out

  38. Pingback: more on this page

  39. Pingback: notehub.org this web page

  40. Pingback: notehub.org read completely

  41. Pingback: notehub.org click to read more

  42. Pingback: notehub.org page

  43. Pingback: notehub.org read further LQon

  44. Pingback: notehub.org more information

  45. Pingback: please click for source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline