Ada “Kelip-kelip” warna biru dalam air? Pantai biru di Malaysia? Jom kenali pulau ini.

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Siapa yang tidak teruja melihat cahaya biru-kebiruan seakan-akan lampu LED, tapi sebenarnya satu organisma hidup yang akan timbul pada waktu malam pada musim-musim tertentu. Air pantai bertukar biru! Ada satu pulau di Malaysia yang boleh anda lawati untuk melihat “blue tears” ini.

bioluminescent-plankton-pulau-sembilan-malaysia-island

Jika anda berkesempatan, lawatilah Pulau Sembilan di Bagan Datoh, Perak. Ia dinamakan Pulau Sembilan kerana terdapat 9 biji pulau berdekatan, di selatan Pulau Pangkor.

Anda boleh mengambil pakej percutian melalui mana-mana travel agency atau juga boleh pergi dengan sendiri. Salah satu pakej yang terdapat ialah pake RM280/dewasa dan RM200/kanak-kanak yang termasuk dengan 2 sarapan, 2 makan tengah hari, satu minum petang, 1 makan malam ala steamboat dan 1 BBQ supper. Pakej juga termasuk aktiviti snorkelling selama 1 jam, island hopping ke Pulau Rumbia, karaoke, jungle hiking dan juga tapak khemah untuk 2, 3 hingga 5 orang.

pulau-sembilan-perak-malaysia

Anda perlu ke Bagan Sungai Burung (dalam 3 jam lebih dari KL) dan mengambil masa 25 minit untuk sampai ke pulau dari jeti. Anda perlu ke Pulau Rumbia untuk melihat blue tears pada waktu malam.

Tips KakiReview: Kami mendapati agak kurang “blue tears” atau plankton biru pada bulan Julai dan ketika air pasang. Salah seorang rakan kami mengatakan bulan April paling sesuai untuk melihat “blue tears” dengan lebih banyak.

Juga terdapat aktiviti menyelam atau diving yang disediakan. Pulau-pulau ini tiada resort, chaler atau hotel disebabkan statusnya sebagai pulau yang dilindungi (State Park). Maka, anda perlu tidur di dalam khemah-khemah yang disediakan.

Lihatlah gambar-gambar yang diambil oleh pengunjung Pulau ini:

pulau-sembilan-perak-malaysia

tents

blue tears

Organisma Phytoplankton atau Blue Tears di Pulau Sembilan

Kami juga merakamkan satu video untuk tontonan anda mengenai Blue Tears ini:

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan travelers atau kaki travel anda!

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline