5 Strategi Pemuda 21 Tahun Takluk Konstantinopel (Istanbul) Yang Buat Musuh Tergamam

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Siapakah anak muda berumur 21 tahun ini yang berjaya menakluk bumi Istanbul suatu ketika dahulu dari empayar Byzantine yang kuat itu? Apakah rahsia kekuatan dan strategi beliau yang sehingga kini digeruni oleh musuh dan pakar penganalisis perang? Rahsianya ialah….

mehmed-al-fatih

Anak muda ini digelar “Mehmed the Conqueror” (el-Fātiḥ, الفاتح) atau Mehmed Al-Fateh yang juga merupakan seorang Sultan kerajaan Uthmaniah (Ottoman). Beliau dengan bala tentaranya telah menamatkan kekuasaan Empayan Roman Timur (Byzantine) dengan satu serangan dasyat pada tahun 1453.

Apakah rahsia kekuataan ketenteraan Sultan Mehmed Al-Fateh ini? Apakah strategi baginda sehingga tentera Roman yang terkenal dengan kekuatan dan persenjataan yang canggih, akhirnya tersungkur menyembah bumi?

Inilah senarai 5 strategi baginda:

Pertama

mehmed-al-fatih-menakluk-konstantinopel

Taat Kepada Suruhan Allah – Sultan Muhammad Al-Fateh membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang yang bertujuan memberikan motivasi semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 200,000 tentera islam melaungkan azan yang memecahkan kesunyian alam dan bersolat dengan khusyuk tanpa sedikit pun rasa takut!

Kedua

Strategi Lumpuhkan Musuh Dengan Berkesan – Beliau telah menyediakan 140 buah kapal perang moden, 320 buah perahu, dan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk dua belas ribu tentera yang terlatih. Kesemua ini sebagai persiapan mengepung secara berkesan kota Konstantinopel dari segenap arah, lalu memenatkan musuh dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas tembok tanpa henti.

Ketiga

Membina Kubu Utuh Rumeli Hisari –  Rumeli Hisari merupakan sebuah istana yang dibina di atas sebuah bukit Bosphorus, juga sebagai sebuah kubu pertahanan (fortress). Bagi mengelakkan Konstantinople mendapat bantuan dari sekutunya seperti Empayar Trebizond, Sultan Muhammad telah membina Rumeli Hisari di bahagian Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia dalam 149 hari sahaja.

Beginilah rupa kubu Rumeli Hisari di Turki hari ini:

rumeli_hisari_fortress-kakireview

Keempat

Pembinaan Meriam Terhebat di Era Itu – Kubu Constantinople berhadapan dengan kehebatan meriam yang dicipta oleh Urban, seorang pakar meriam berbangsa Hungary. Tembakan meriam yang berterusan membantu memecahkan tembok tebal dan kubu terkuat pada masa itu.

meriam-urban-cannon-constantinople

Beginilah rupa meriam Urban (Orban’s cannon) yang telah dipamerkan di muzium.

urban-cannon-orban

Kelima

Kapal Merentasi Daratan, Tiada Yang Mustahil – Sultan Al-Fateh telah berjaya memindahkan 70 buah kapal dalam masa 1 malam dengan merentasi daratan. Menakjubkan bukan? Kapal ini dialihkan dari selat Bosphorus ke Teluk Golden Horn melalui darat  kerana misi mereka memasuki Selat Bosphorus gagal kerana selat itu mempunyai rantai besi yang besar dilaluan ke selat Golden Horn dan gagal diputuskan oleh tentera Islam Uthmaniyyah.

Selepas ‘melayari’ kapal-kapal ini diatas bukit dan di pindahkan ke Golden Horn, kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota Konstantinopel. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam tentera Uthmaniyyah.

muhammad-al-fatih-2

penaklukkan-konstantinopel-instanbul-muhmmad-al-fatih-4-1

Hebatnya anak muda ini yang menjadi idola manusia sepanjang zaman! Ditulis oleh: Miya Nadz

Rujukan:

  1. 1. http://syazlitahir.blogspot.my/2016/04/istanbul-aku-datang-sultan-muhammad-al.html
  2. 2. http://www.majalahniaga.com/29-mei-1453-559-tahun-pembukaan-konstantinopel.html
  3. 3. Buku ‘Berfikir gaya Al-Fateh’ yang ditulis oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman terbitan PTS Publication.

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline