6 Pulau Eksotik Tercantik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu [No. 2 Kalah Maldives!]

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Bila sebut “Pulau Eksotik” atau “Excotic Island” sahaja mesti kita fikir pulau-pulau di luar negara kan? Dan kita hanya tahu pulau-pulau popular di Malaysia seperti Pulau Pangkor, Tioman, Langkawi dan Sipadan sahaja, namun masih banyak lagi yang lebih cantik persis Maldives! Nak tahu?

pulau gemia

1. Pulau Gemia (Gem Island), Terengganu

 

Mungkin anda sudah biasa mendengar, melihat atau melawat Pulau Perhentian dan Pulau Kapas di Terengganu, namun pernahkah anda mendengar nama Pulau Gemia? Mungkin belum pernah bukan. Pulau ini merupakan pulau persendirian (private island) yang hanya berjarak 800 meter dari Pulau Kapas. Ia juga dikenali sebagai Gem Island dikalangan pelancong asing.

Kelebihan pulau ini ialah ia masih mengekalkan aspek-aspek semulajadi dengan hanya sedikit bangunan komersil. Pantai yang landai memutih, air laut yang tenang kebiruan, dan yang menariknya, anda boleh lihat anak-anak penyu (baby turtles) berenang bebas di Pulau Gemia ini!

gemia

pulau-gemia-penyu-turtle-terengganu

penyu ganu

Macam Mana Nak Ke Sana: Anda boleh sampai ke Pulau Gemia melalui jeti Marang dan mengambil masa dalam 30-45 minit untuk sampai ke destinasi.  Untuk ke pulau persendirian, anda perlu menaiki bot selama 15 minit untuk sampai.

Tips KakiReview: Anda berkemungkinan untuk melihat penyu bertelur di sekitar bulan Mei hingga Oktober.

Maklumat lanjut: http://www.gemisland.com.my

 

2. Pulau Lankayan, Sabah

 

Pulau kecil yang eksotik dan indah di utara Sandakan, Sabah ini mungkin kurang diiklankan atau dikomersialkan di media massa namun ia tidak lepas dari pemerhatian kami! Ibarat syurga dunia, pulau ini setanding dengan Pulau Gili Trawangan di Lombok, Indonesia. Namun yang pasti, kita tidak perlu ke luar negara untuk menikmati keindahan dan ketengan yang sama!

Beginilah pemandangan Pulau Lankayan dari udara. Nampak kecil sahaja kan?

pulau lankayan

Jika anda kaki scuba diving, Pulau Lankayan tidak akan mengecewakan anda dengan hidupan laut yang eksotik dan unik! Malah, ikan paus jerung (whale sharks) juga pasti singgah menyapa belakang anda pada bulan April hingga Mei.

whale-shark-pulau-lankayan-sabah

Kejernihan air pulau ini memang dasyat. Anda boleh lihat pelbagai spesis ikan hanya dari jeti sahaja!

ikan-yu-sharks-pulau-lankayan-sabah-malaysia

Macam Mana Nak Ke Sana:You Anda boleh sampai ke Sandakan melalui Kota Kinabalu atau terbang terus dari Kuala Lumpur. Perjalanan bot ke Pulau Lankayan mengambil masa hingga 75 minit (1 jam 15 minit).

 

3. Pulau Rebak, Langkawi

 

pulau-rebak-island-langkawi-malaysia

Di kelilingi oleh salah satu daripada 99 biji pulau di Langkawi, di sinilah terletaknya syurga taman air yang dikenali sebagai Pulau Rebak atau Rebak Island. Pulau ini hanya bersaiz 330 ekar dan terkenal sebagai destinasi romantik untuk pasangan kekasih dan pasangan yang mahu berbulan madu.

pulau-rebak-island-langkawi-malaysia

Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini ialah aktiviti memberi makan burung helang atau eagle-feeding di sekitar Pulau Rebak.

eagle-feeding-rebak-island

Macam Mana Nak Ke Sana: Pulau Rebak ini terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi dan boleh menaiki bot ke pulau ini.

4. Pulau Sibu, Johor

 

pulau-sibu-island-johor

Pulau Sibu ini bersaiz 6 kilometer panjang dan kurang dari 1 km lebar sahaja. Ia seakan berbentuk jam pasir (triangular hour glass) yang mempunyai tarikan pasir pantai keemasan yang amat sesuai untuk aktiviti mandi dan berenang. Anda tentu tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat fenomena “moonrise” pada bulan penuh di pulau ini.

pulau-sibu-island-johor-malaysia

Terdekat sebuah kampung bernama Kampung Duku yang memiliki populasi seramai 152 orang di bahagian selatan pulau ini yang menjadi lokasi untuk balai polis, sekolah, klinik, rumah-rumah kayu dan juga gerai makanan.

Keseluruhan pulau ini dijanakan dengan kuasa solar!

Macam Mana Ke Sana: Naik di Jeti Tanjung Leman, lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau 3 jam dari Singapure. Terdapat tempat letak kereta (carpark) pada harga RM4 untuk 2 hari pertama dan RM8 sehari untuk hari-hari seterusnya.

5. Pulau Rawa, Johor

 

pulau-rawa-water-slides

Anda ibarat tetamu diraja jika anda berkunjung ke Pulau Rawa di Johor ini. Pulau ini merupakan pulau persendirian yang menjadi milik keraajaan Kesultanan Johor. Apa yang menarik mengenai pulau ini ialah ia lengkap dengan gelongsor air (water slide) yang berketinggian 15 meter dari paras laut!

 

pulau-rawa-johor-slides

Dan tempat penginapan chalet di tepi laut yang memang mempesonakan!

chalet pulau rawa

Macam Mana Nak Ke Sana: Pulau Rawa terletak hampir setengah jam menggunakan bot atau satu jam menaiki feri di jeti Mersing.

Tips KakiReview:  Ketika musim berombak (low season) antara bulan November hingga Disember, kekerapan feri adalah kurang atau sedikit.

 

6. Pulau Tiga

 

pulau-tiga-sabah

Siapa sangka pulau yang “humble” ini merupakan lokasi rancangan siri reality popular “Survivor” yang di tayangkan di pelbagai negara. Malah, ada yang memanggil pulau ini sebagai Survivor Island. Inilah kehebatan Pulau Tiga atau Tiga Island yang terletak 10 km dari perairan negeri Sabah.

Mari saksikan video keindahan Pulau Tiga di Sabah ini:

survivor-island-pulau-tiga-sabah

Ia merupakan pulau perlindungan hidupan marin laut namun aktiviti seperti snorkelling dan diving masih boleh dilakukan di sini.

Namun, tarikan utama pelancong ke sini ialah untuk mandi lumpur atau mud volcano dipping!

mandi-lumpur-mud-volcano-pulau-tiga-sabah

mud-volcano-pulau-tiga-sabah2

Macam Mana Nak Ke Sana: Anda boleh ke Pulau Tiga melalui bot selama 20 minit dari pekan Kuala Penyu, iaitu 2.5 jam dari Kota Kinabalu.

Maklumat Lanjut: http://sabahtourism.com/destination/pulau-tiga-survivor-island

Sekian saja tips travel tempat dan pulau menarik di Malaysia. Teruskan membaca blog kakireview untuk lebih liputan, ulasan dan review mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia dan luar negara. Juga baca ulasan kami mengenai blue tears atau blue sand di Pulau Sembilan.

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

2 thoughts on “6 Pulau Eksotik Tercantik di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu [No. 2 Kalah Maldives!]

  1. Kanitha Devi

    Thank you so much for your review about these beautiful islands in Malaysia. Now I dont need to go to Bali, or Maldives Lombok since we have great islands like Pulau Tiga and Pulau Rawa. I cant wait for school holiday and bring my kids there. Nicely written article!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline