Dagu Terbelah – Cantik atau Cacat? 6 Komen Ini Bisa Buat Pemilik Dagu Belah MENYIRAP!

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Pernahkan anda memerhati bentuk dagu pasangan anda? Rakan-rakan anda? Artis kesayangan anda? Terdapat pelbagai jenis saiz dan bentuk dagu, tapi yang paling menjadi sebutan ramai ialah dagu terbelah. Benarkah dagu jenis terbelah ini adalah satu kecacatan atau defect? Hmmm.

ben-affleck-cleft-chin-dagu-bontot

Tahukah anda bahawa dagu terbelah sebenarnya merupakan satu jenis lesung pipit yang berlaku di dagu? Jadi, entri kali ini kami akan akan bawakan satu topik menarik mengenai mengenai dagu terbelah ataupun ‘cleft chin’ dan 6 komen yang pemilik dagu belah biasa dengar dari orang lain. Jom baca senarai di bawah!


1.“Eiii, dagu bontot!”

 

Istilah dagu bontot atau ‘butt chin’ adalah satu istilah yang cukup sinonim dengan pemilik dagu terbelah bukan hanya di Malaysia, namun di seluruh dunia. Ini adalah kerana mereka mempunyai dagu yang menyerupai struktur berbentuk punggung (butt). Sering dipersendakan dek kerana itu, ramai pemilik dagu belah akhirnya mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah sejak dari kecil.

dagu-belah-diejek


2.“Dagu awak tu cucuk botox ke buat susuk?”

 

botox-injection-for-cleft-chin

Ramai netizen dengan mudahnya suka mengadili seseorang hanya berdasarkan rupa luaran. Ini termasuklah terhadap mereka yang mempunyai dagu terbelah secara asli. Mereka sering dikatakan menerima botox, melakukan injection atau pembedahan plastik ataupun yang lebih teruk, sehingga sanggup memfitnah golongan ini memasang susuk atas alasan ingin memiliki dagu yang lain dari yang lain. Inilah sentimen negatif masyarakat yang patut kita jauhi!


3.“Asah dagu guna duit syiling ek dari kecik?”

 

Ini juga merupakan antara komen paling biasa dilontarkan terhadap pemilik dagu terbelah terutama yang mempunyai dagu terbelah yang agak dalam seperti Demi Lovato dan Adele. Jika anda membesar pada zaman 80-an, maka trend mengasah dagu menggunakan duit syiling ini sangatlah popular. Jangan silap asah, nanti dagu jadi dagu Peter Griffin (Family Guy) kat bawah ni sudah! Haha.

butt chin


4.“Dagu awak pelik sangat la. Tak cukup isi ke nak tutup lubang tu?”

 

Dagu terbelah juga masih ciptaan tuhan. Tiada siapa di dunia ini mahu dilahirkan with such a defect. Orang memuji mereka yang mempunyai lesung pipit namun tidak kepada mereka yang berdagu belah. Sedangkan, situasi kedua mereka sama sahaja, ‘sorang tak cukup isi kat pipi, sorang lagi tak cukup isi kat dagu.’


5.”Eh, dagu belah. Patutla lawa.”

 

adele-cleft-chin-dagu-belah

Jika ianya satu pujian, maka ia merupakan satu kegembiraan kepada si pemilik dagu belah terutama si dara. Ramai pemilik dagu belah tak kiralah mereka putih kemerahan, kuning langsat, atau hitam manis, mereka tetap akan dipuji sebagai lawa disebabkan keunikan bentuk dagu mereka. (Tiba-tiba rasa bangga! *wink*)


6.“Ni, mesti hantaran mahal ni”

 

pengantin-hantaran-tinggi-dagu-belah

Jika anda mempunyai pasangan yang berdagu belah, maka bersiap-sedialah. Orang tua-tua kata dagu lesung (dagu belah) ni mahal. Kalau nak ikut situasi ekonomi sekarang, mungkin paling rendah RM15,000 kot?

Tidak, sebenarnya. Mereka pun sama seperti si dara yang lain. Harga hantaran tidak terletak pada dagu, bibir ataupun kening. Mungkin kerana dagu jenis ini rare, maka netizen di luar sana menganggap mereka itu ‘mahal’.


Fakta Menarik Tentang Dagu Terbelah:

 

Jika anda seorang pemilik dagu terbelah, maka perhatikan pasangan anda. Kajian yang dilakukan oleh Beckman et al.(1960) membuktikan data-data berikut:

Jenis Dagu Ibubapa

Kebarangkalian Anak Berdagu Belah Kebarangkalian Anak Berdagu Biasa

Peratusan Akan Dapat Anak Dagu Belah

Belah  x  Belah

10 1 91%
Belah x Biasa

24

28

46%

Biasa x Biasa 4 33

11%


Kesimpulannya:

 

Semua manusia dilahirkan cukup sempurna. Dagu terbelah atau tidak bukanlah satu kayu pengukur untuk menguji kesempurnaan atau keburukan seseorang. Jadikan variasi itu sebagai satu medium harmoni buat semua.

Ditulis oleh: Ainfaha;  Disunting semula oleh: Penulis KakiReview

P/S: Sebenarnya penulis pun seorang yang berdagu belah! Huhuhuhuuu..

 

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

2 thoughts on “Dagu Terbelah – Cantik atau Cacat? 6 Komen Ini Bisa Buat Pemilik Dagu Belah MENYIRAP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline