Alamak! Signal Minyak Sudah “E” – Berapa Jauh Anda Boleh Pandu Lagi?

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Kamal sedang memandu di Leburaya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Ipoh. Tiba-tiba selepas Tanjung Malim, Kamal dapati signal minyak kereta Myvi-nya sudahpun menunjukkan simbol “E”. Mampukah dia sampai ke Ipoh dengan jumlah minyak yang dia ada?

simbol-minyak-kereta-myvi-nissan-proton

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Setiap jenis kenderaan mempunyai rekabentuk meter yang berlainan, namun fungsinya adalah seakan-akan sama, terutama pada julat minyak petrol.

Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula. Habis, masak!

Personalannya: Berapa Jauhkah Kamal Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala Pada Perodua Myvia 1.5SE (A)-nya?

Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda. Ada yang sudah buang, tertumpah air milo atau sudah lama dimamah lipas? Maka mintalah salinan atau copy dari pusat servis masing-masing, itupun kalau mereka layan. 🙂

Ok, baiklah. Di sini penerangannya. Selalunya, lampu amaran bersimbolkan pam minyak akan mula muncul dan berkelip-kelip apabila baki minyak dalam tangki kereta anda pada paras kurang daripada 7.5 liter. Kelipan ini agak perlahan namun ia akan berkelip dengan kadar lebih laju sekiranya anda masih meneruskan perjalanan sehingga baki minyak anda kurang daripada 6.0 liter.

signal-e-kereta-minyak-habis

Menurut seorang pakar automotif dari Proton Shah Alam, beliau memberi beberapa tips berikut:

  1. Jangan selalu membiarkan tangki adalah di paras rendah atau “Low“. Ini kerana terdapat pam minyak yang dipasangkan kepada tangki, dimana pam ini disejukkan dan dilincirkan oleh minyak petrol kereta. Apabila tangki mula mengering, “bearing” pada pump akan mudah rosak!
  2. Ramai menganggap simbol huruf “E” pada meter minyak anda bererti “Empty” atau “Kosong”. Sebernarnya tidak. Jika benar-benar kosong, masakan kereta anda masih boleh berjalan sebaik sahaja simbol “E” mula berkelip.
  3. Simbol “E” boleh dianggap sebagai “Enough” atau “Mencukupi” tetapi tidak bermakna anda boleh terus memandu untuk 100km lagi! Ini berisiko.
  4. Isi minyak anda penuh sentiasa untuk memastikan tangki anda sentiasa berpelincir (lubricated) dan pam minyak tahan lebih lama.
  5. Padamkan pendingin hawa atau air-conditioner kereta untuk menjimatkan lagi penggunaan petrol (fuel consumption) sewaktu minyak anda sudah di paras “E”.
  6. Terdapat satu piawaian antarabangsa yang mengehadkan supaya rizab minyak diselaraskan pada 4.5 liter.

Adakah Kamal mampu sampai ke Ipoh dengan hanya berbaki 7.5 liter minyak di dalam tangkinya? Jarak antara Tanjung Malim ke Ipoh adalah lebih kurang 111 kilometer. Menurut laman carsome.my, penggunaan minyak (FE) untuk Myvi 1.5 SE Auto islah pada 6.5 liter untuk setiap 100km.

Maka, dengan 7.5 liter minyak dalam tangki kereta Kamal, dia boleh memandu sejauh 115.38 kilometer (100km/6.5L x 7.5L = 115.38km).

Dengan ini, diisytiharkan, Kamal berjaya sampai ke Ipoh tetapi malangnya, kereta beliau akhirnya terberhenti  akibat kehabisan minyak sewaktu beliau mencari parking di parkir kererta AEON Kinta City, Ipoh. Malang buat Kamal, kerana terlalu kedekut untuk isi minyak!

aeon-kinta-city-ipoh

Itulah padahnya. Sekian terima kasih kerana membaca. Silakan share artikel ini jika anda kenal seorang kawan yang perangainya seperti Kamal ini. 😀

 

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline