Updated 23 Februari 2021: Owner inform bahawa operasi TubeStay telah ditamatkan. HARAP MAKLUM
Idea, aspirasi dan kolaborasi 26 usahawan muda ini menukarkan lanskap Bukit Jugra di Banting, Selangor menjadi satu destinasi percutian yang unik terutama untuk penggemar aktiviti outdoor dan lasak. Ada juga rumah “tube” yang dibina seakan-akan rumah siri popular kanak-kanak Teletubbies!
Memperkenalkan – TubeStay! Sebuah rumah penginapan berkonsepkan konkrit tiub berdiameter hanya 6 kaki dan dilengkapi sebuah katil bersaiz Queen dan pendingin hawa. Perjalanan dari Kuala Lumpur bakal mengambil masa selama 50 minit, manakala dari KLIA selama 25 minit dan hanya 15 minit dari Klang.
Idea asal untuk projek ini dibangunkan oleh seorang Jurutera Perisian bernama Muhamad Azree yang juga sebelum ini terkenal dengan konsep rumah kontena beliau di Teluk Panglima Garang. Penginapan ini berkonsepkan glamorous camping atau “Glamping” yang agak baru di Malaysia.
Fakta Menarik: “Pet project” ini dibangunkan oleh 25 lagi individu yang lain yang berlatarbelakangkan kerjaya yang berbeza tetapi disatukan dengan satu minat yg sama.
Kos Penginapan
Cas untuk penginapan satu malam di dalam bilik tiub dikenakan sebanyak RM60 buat masa ini (sebagai harga pengenalan). Satu bilik hanya boleh didiami oleh 2 orang dewasa sahaja. Terdapat hampir 20 rumah tiub akan dibina secara berperingkat.



Kemudahan Disediakan @TubeStay

Aktiviti & Tempat Menarik Sewaktu Penginapan

Rumah Api Bukit Jugra


Aktiviti Paragliding

Jom Bercuti di TubeStay @Bukit Jugra
Kami difahamkan oleh salah seorang wakil TubeStay bahawa pembukaan rasmi akan dibuat pada 1 November 2016 nanti. Mari serbu ramai-ramai!
Sekian sahaja ulasan atau review kami mengenai penginapan unik TubeStay ini hasil perkongsian oleh saudara Amry Amat (salah seorang designer untuk projek ini) yang kami hubungi melalui laman sosial Facebook beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi beliau melalui fb personal beliau di sini.
Sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai TubeStay, sila lawati laman rasmi mereka di:
- Laman Sesawang Rasmi: http://tubestay.my
- Facebook: https://web.facebook.com/tubestay
- Insta: https://www.instagram.com/tubestaymalaysia
- Telefon: +60169734092 (Azree)
- Emel: hi@tubestay.my
Sekian catatan dan ulasan kami di KakiReview.com.
Kami review bisnes anda! Hubungi kami untuk ulasan tentang bisnes anda secara percuma.