Mimpi adalah sesuatu yang di luar realiti dan kawalan. Kita dapat mengalami hal-hal yang menakjubkan dan juga sesuatu yang menakutkan semuanya dalam satu mimpi. Tahukah anda mengapa anda selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi?
Mimpi dapat dikategorikan kepada dua iaitu Mimpi Indah dan Mimpi Ngeri. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih menjadi satu misteri atau rahsia yang tidak terungkai. Berikut merupakan beberapa rahsia mengenai mimpi yang penulis nak kongsikan.
#1 – Bau mempengaruhi mimpi.
Meskipun bau tidak dapat mengubah mimpi, tetapi bau yang menyenangkan dapat mempengaruhi otak ketika tidur sehingga menjadi lebih rileks dan mimpi menjadi lebih indah. Salah satu cara untuk membina rangsangan otak sewaktu tidur ialah dengan menyalakan lilin aroma terapi sebaik sebelum tidur. Sebaliknya, jika anda mencium bau busuk dan tidak menyenangkan, ia boleh meningkatkan risiko mendapatkan mimpi buruk.
#2 – Tidur lambat menyebabkan mimpi buruk.
Seseorang yang tidur terlalu lewat lingkungan jam 12 tengah malam dan keatas ternyata lebih cenderung untuk mengalami mimpi buruk berbanding orang yang tidur lebih awal. Hal ini mungkin disebabkan oleh hormon stres kortisol yang mengalami kenaikan kerana tidur terlalu lewat dan seterusnya mengakibatkan seseorang itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami mimpi buruk.
#3 – Tubuh lumpuh ketika tidur.
Sewaktu kita tidur, otot-otot tubuh akan mengalami keadaan “lumpuh” selama memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement) dan anda seolah-olah tidak boleh bergerak sama sekali. Hal Ini kerana terdapat dua sistem kimia otak yang bekerjasama untuk membuat seseorang ‘lumpuh’ selama fasa ini berlangsung.
Tidur REM (tidur dengan gerak mata cepat) adalah salah satu fasa tidur dimana mata manusia berkelip-kelip dengan pantas.
#4 – Orang yang ditemui dalam mimpi merupakan orang yang pernah kita temui di dunia nyata.
Pasti ramai yang pernah bermimpi individu yang tidak pernah kita temui dalam mimpi. Tapi sebenarnya, individu yang kita tidak kenali itu merupakan seseorang yang pernah kita temui di dunia nyata. Mungkin kita tidak sedar mengenai perkara ini namun, otak manusia dapat ‘menangkap’ imej seseorang dengan sekelip mata dan memaparkannya dalam mimpi kita (yang pernah bermimpi berkahwin tu, pernah terserempak dengan jodoh lah tu!)
#5 – Mengigau tidak ada kaitan dengan mimpi.
Mengigau sebenarnya tidak ada kaitan dengan mimpi. Orang yang mengigau biasanya tak ingat apa yang dia bercakap atau bergumam saat tidur. Keadaan ini disebabkan oleh waktu tidur seseorang yang kurang sehingga menyebabkan seseorang mengigau.
#6- Tidak boleh membaca, berlari dan melihat jam.
Jika tidak yakin apakah anda sedang bermimpi atau tidak, cubalah membaca sesuatu. Apabila benar sedang bermimpi, kamu tidak akan dapat membacanya. Hal yang sama berlaku untuk jam, ketika kamu melihat jam dalam mimpi, jarum jam tersebut akan kelihatan seperti berhenti.(Cuba test malam ni) Kadangkala anda juga cuba untuk berlari pantas dalam mimpi namun gagal dan kaki seolah-olah terlalu berat melawan graviti.
#7- Mengalami lebih daripada satu mimpi.
Dalam tidur, secara normal, manusia hanya mengalami sekitar 3 hingga 7 mimpi. Selain itu, dalam satu malam, kita menghabiskan 2 hingga 3 jam waktu tidur untuk bermimpi.
#8 – Gula dalam darah membangunkan anda.
Orang yang sedang berdiet, biasanya akan mengurangkan kuantiti makan malam dan tidur dalam keadaan lapar. Tetapi paras gula dalam darah yang rendah dapat membangunkan anda dari tidur, sehingga menyebabkan anda lebih banyak mengingati mimpi anda berbanding tidur anda.(Lepas baca ni, jangan pergi makan gula tau, it wont work!)
#9 – Déjà vu
Deja Vu yang bermaksud “sudah terlihat”. Kebanyakan orang memiliki Deja Vu dalam mimpi mereka dimana mereka mendapatkan perasaan sudah mengalami situasi yang terjadi sekarang. Hal ini lebih sering terjadi pada golongan wanita berbanding lelaki. (Patutlah perempuan suka berangan kan!)
#10 – Terlalu penat menyebabkan anda bermimpi sedang ‘jatuh’.
Seringkali sewaktu bermimpi, beberapa orang akan mengalami mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi dan tiba-tiba terbangun dalam keadaan terkejut. Ternyata keadaan ini terjadi disebabkan oleh tubuh terlalu penat sehinggakan adanya lompatan gelombang otak dari fasa “tidur ringan” terus masuk ke fasa “tidur normal”.
Maka, inilah beberapa fakta menarik mengenai mimpi yang dapat kami kongsikan kali ini. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa like FB page KakiReview.com ya!
Tinta Penulis:
Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Terima kasih 🙂