Merancang percutian untuk musim cuti sekolah tidak lama lagi? Mungkin anda memerlukan sesuatu pengalaman yang unik untuk seisi keluarga, jika hotel dan resort seudah menjadi suatu kebiasaan. Penginapan dalam kontena serendah RM199 bakal buat anda teruja!
Jika anda sudah biasa tinggal di hotel-hotel mewah seperti Casa Del Rio di Melaka atau di chalet-chalet tepi pantai, mungkin penawaran “Bungalow in A Village” di Semabok, Melaka ini adalah sesuatu yang baru dan patut anda cuba.
Penginapan menarik ini hanyalah 8 kilometer dari Pusat Bandar Melaka atau lebih kurang 10 minit dari pusat penjaja yang terkenal iaitu Jonker Street.
Pihak Bungalow in A Village menyediakan tempat penginapan yang sesuai untuk pengembara solo mahupun berpasangan dan juga sesuai untuk aktiviti perjumpaan keluarga (family gathering), alumni reunion, percutian korporat mahupun percutian hujung minggu.
Antara kemudahan yang disediakan ialah seperti berikut:
Penginapan dalam kawasan berpagar dan selamat
Ruang letak kereta
Kolam Renang Mesra Kanak-Kanak (3 level)
Tempat BBQ
Jenis-jenis penginapan yang disediakan:
Jenis “BUNGALOW “:
Kadar sewaan:
- RM 990/malam (Hujung Minggu-Weekend)
- RM 990/ Weekdays
- Boleh didiami sehingga 15 orang
- 4 bilik tidur berserta bilik air
Penginapan jenis “CABIN”
Kadar Sewaan:
- RM 250/malam (hujung minggu-weekend)
- RM 199/malam (hari biasa-weekdays)
- Boleh didiami sehingga 4 orang
- 1 Katil Queen + 1 sofa bed
- Berserta tandas/bilik air
- Bedekatan kolam renang
- Kabin berpandangan langit (skyview cabin)
Gambar:
Nota KakiReview.com: Buat masa ini penginapan hanya terbuka kepada keluarga atau pelawat beragama Islam sahaja
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi .
