Budak SPM dari Kelantan Ingin Cabar Ke-sado-an Mr. Universe, Sazali Samad. Boleh ke dik?

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali dengan menu harian hanya sekeping….

budak-sekolah-sado-kelantan-feat

Pelajar tingkatan lima dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan bukanlah sekadar pelajar biasa yang seusia dengannya. Beliau telah banyak menghabiskan masa di gymnasium untuk membina biceps dan triceps yang mengalahkan jagoan bina badan yang lain.

Ramai netizen berpendapat bahawa beliau seharusnya membiarkan badannya membesar pada suatu tahap dewasa dahulu sebelum membina badan keterlaluan seperti ini, kerana bimbang terlalu memberi tekanan untuk otot-otot membesar secara abnormal. Namun, ini hanyalah pandangan mereka yang mungkin “jealous” dengan anak muda ini.

Namun bagi tuan empunya badan, Muhammad Fauzan bin Abd Rashid, kata-kata cemuhan dan tohmahan dari pelbagai pihak bukanlah satu penghalang untuk beliau terus membina badan dan memasang impian menjadi seorang ahli bina badan terkenal seperti Sazali Samad dan Ronnie Coleman.

Lihat saja lengan anak muda ini, memang berurat selirat seperti mana jaguh Mr Universe Sazali Ahmad, pada usia seremaja ini:

budak-sekolah-sado-kelantan-4

Pelajar ini juga mempunya diet yang strict supaya otot-otot yang dibina tidak mudah lembik dan bertukar menjadi lemak. Beliau adakalanya hanya memakan beberapa keping roti Gardenia sewaktu masa rehat dan segelas air suam.

budak-cabar-sazali-samad-2

Kini beliau menjadi idola sensasi di laman sosial seperti Instagram dan Facebook. Berikut adalah beberapa posting beliau di laman tersebut:

 

budak-sekolah-sado-kelantan-2

budak-cabar-sazali-samad

budak-sekolah-sado-kelantan-3

Ternyata usaha dan dedikasi berterusan boleh membawa anak muda ini ke persada yang tinggi. Kami doakan cita-cita adik Fauzan untuk menjadi ahli bina badan professional kesampaian.

Sekian dari kami Team KakiReview, team yang kaki tak pernah berurat sikit pun! 😀

 

 

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline