Tiba sahaja bulan Disember dan musim cuti sekolah, berduyun-duyun kad kahwin kita semua akan terima, tidak kira daripada rakan-rakan mahupun ahli keluarga sendiri. Penulis sendiri telah menerima 3 jemputan setakat ini. Ya, setakat ini. Artikel kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa adat perkahwinan yang sangat pelik dan unik yang anda semua pasti tidak pernah tahu!
Mari kita lihat adat negara manakah yang termasuk dalam ranking terpelik KakiReview kali ini.
#1- Menghitamkan Pengantin (Blackening The Bride)
Bayangkan jika anda merupakan pengantin yang telah berhias cantik-cantik dan tiba-tiba disimbah dan dibaling dengan benda busuk. Teruk bukan? Anda mungkin menginginkan majlis yang serba sempurna dalam hidup anda tetapi malangnya, jika anda berada di suatu daerah di Scotland, anda pasti tidak akan dapat menikmatinya. Anda akan dilayan seakan “sampah“. Oppss.


#2 – Membaling Pinggan (Throwing of the dishes)



#3 – Larangan Membersihkan Diri atau ke Tandas.

#4 – Melompat di atas Penyapu

Adat ini kedengaran agak pelik untuk kita tetapi bukan untuk masyarakat Amerika Selatan. Melompat atas penyapu ini asalnya dilakukan oleh golongan hamba. Hal ini kerana mereka dilarang berkahwin dan tidak mempunyai sebarang harta milik mereka sendiri. Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan perbuatan melompat diatas penyapu sebagai ganti majlis perkahwinan tradisional.
Adat ini kian dilupakan setelah amalan perhambaan dihapuskan tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini ia telah dihidupkan kembali melalui pasangan berbangsa Afrika-Amerika yang ingin berkahwin dan juga memberi penghormatan kepada sejarah silam mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua orang gembira dengan kebangkitan amalan ini kerana ramai percaya bahawa ia merupakan simbol amalan perhambaan
#5 – Memukul Tapak Kaki Pengantin Lelaki

Kaki pengantin lelaki biasanya akan dipukul menggunakan batang tebu dan ikan kering. Ya, ikan – biasanya ikan kod atau ikan kering Corvina.
Tujuan tradisi ini adalah untuk menguji kekuatan dan pengetahuan beliau, kerana dia akan ditanya dan disoal semasa proses memukul itu. Memukul tapak kaki dengan bangkai ikan mungkin tidak akan membuat si pengantin lelaki lebih bijak, tetapi ia adalah satu tradisi yang penting dalam perkahwinan di negara Korea. Kebiasaannya rakan dan saudara mara bertanggungjawab memukul kaki pengantin lelaki ini. Tradisi ini dikatakan bertujuan untuk menguji ketabahan dan kecekalan pengantin lelaki menghadapi malam pertama. Wah, sampai begitu sekali! 🙂
#6 – Menghentak Kaki di Atas Kaca
Dalam majlis perkahwinan orang Yahudi, pengantin akan menghentak kaki pada kaca yang dibalut tuala atau kain. Kebanyakkannya diadakan selepas upacara penukaran cincin. Pengantin lelaki akan memecahkan kaca, memijak dengan kaki kanan dan kemudian tetamu akan menjerit “Mazel Tov!”
Tafsiran asal tradisi ini berbeza tetapi ramai yang percaya ia sebagai peringatan kemusnahan semua kuil di Jerusalem mengikut ayat kitab mereka “letakkan bandar Jerusalem lebih atas dari kegembiraan tertinggi saya.” [sumber: Shulman]. Satu tafsiran lain menerangkan bahawa ia menjadi simbol kali pertama dan kali terakhir pengantin lelaki dapat membuat keputusan, kerana perempuan kerap menjadi ketua dalam rumahtangga pasangan Yahudi [sumber: Ohr].
#7 – Anak Ayam Tentukan Tarikh Perkahwinan
