Turun Bukit Dengan Gear N – Anda Jahanamkan Kereta Sendiri Kerana…

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Ramai antara kita yang berfikiran bahaw menggunakan gear N sewaktu turun bukit dan di lampu isyarat boleh menjimatkan minyak, tapi mereka tidak tahu bahawa tindakan itu sangat merugikan dan membahayakan.

Tahukah anda apakah tabiat memandu yang boleh menjahanamkan transmisi atau gear kereta?

Mungkin anda boleh terus buat apa yang sudah biasa anda lakukan sambil menganggap tiada apa pun berlaku selama ini. Tetapi anda tidak sedar bahawa perkara yang ‘biasa’ itulah yang akan merosakkan gear dan bahagian mekanikal lain pada kereta anda. Kami senaraikan beberapa perkara yang boleh merosakkan kereta anda tanpa anda sedar:


1. Turun Bukit dengan “Gear N”

 

turun bukit gear N

Ramai yang melakukan perkara ini dengan harapan kos bahan api dapat dijimatkan. Sebenarnya anda tidak perlu lakukan semua itu semata-mata nak jimatkan minyak sebab kenderaan anda dah cukup bijak untuk jimatkan penggunaan tenaganya tanpa perlu letakkan gear pada N. Tetapi, tahukah anda cara itu boleh mempercepatkan kerosakan kepada gear kenderaan, terutama apabila anda tiba-tiba memasukkan gear ketika kereta sedang bergerak laju.

Di beberapa negara luar khususnya di Amerika, tabiat tersebut dianggap sebagai satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan kompaun kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya. Hal Ini kerana memandu dalam gear N ketika menuruni bukit membuatkan anda perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek selain menghilangkan fokus kawalan ke atas pengendalian kereta.


 2. Letak Gear P ketika kereta masih bergerak 

 

gear p ketika bergerak

Jangan buat macam ni !.Anda perlu pastikan bahawa kenderaan anda  benar-benar telah berhenti sebelum ada meletakkan gear P atau “Parking“. Hal ini kerana semuar gear mempunyai kekunci seakan-akan satu pin. Jika kenderaan anda masih bergerak dan anda telah meletakkan gear P, perlakuan ini dikhuatiri akan merosakkan kekunci itu.

Berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda. Jadi sila beri perhatian tentang bagaimana menukar gear dengan betul. Ada cara yang lebih baik untuk anda menghentikan kenderaan sekiranya pedal minyak tersekat – atau dalam kecemasan.


3. Gear N di lampu isyarat merah

 

lampu isyarat merah

Dengan harga minyak yang semakin tidak menentu pada masa kini, ramai pemandu mengambil langkah mudah dan seakan “bijak” dengan meletakkan Gear N sewaktu lampu isyarat merah untuk menjimatkan penggunaan minyak kepada kenderaan mereka. Selain itu, meletakkan gear di posisi N juga dianggap dapat mengurangkan tekanan kepada gear (namun tanggapan ini SALAH)

Hal ini kerana, enjin cenderung untuk meningkatkan suhu dengan lebih tinggi dalam posisi N berbanding D. Malah, ia juga berpotensi menyebabkan masalah kegelinciran pada plat klac (melalui proses D-N-D), sekali gus menghauskan bahagian mekanikal tersebut.


 4. Undur ketika sedang memandu ke depan

 

mengundur kereta

Jika kereta anda sedang bergerak ke depan dan tiba-tiba rasa nak undurkan kereta, jangan terus tarik gear kepada posisi R begitu sahaja. Pastikan kereta anda telah berhenti terlebih dengan menekan brek kemudian barulah masukkan gear posisi R untuk undur kereta anda. Jangan gunakan gear untuk hentikan kereta, itu akan merosakkan gear automatik kereta itu dengan lebih cepat dan mudah. Gunakan brek untuk berhenti sebab itulah kegunaan brek.

Setiap kali menukar gear, pengapit gegelung gear (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gegelung gear itu sendiri berfungsi menghentikan kereta anda.

Gegelung Gear – tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek, anda sebenarnya telah meletakkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas transmisi atau gear tersebut. Menggantikan gegelung tidaklah mahal, tetapi kerja membaiki masalah itu yang menyebabkan ia mahal kerana memakan banyak masa dan usaha.


 5. Pecut kereta dengan menggunakan gear N 

 

kereta memecut laju

Ini antara tabiat yang kerap dilakukan pemandu, iaitu memecut laju kononnya seperti seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau gear N sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear D bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.

Anda perlu ingat, apabila anda menukar gear selepas melahukan enjin, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gegelung gear, dan jika anda masih memecut kenderaan anda dengan cara ini, maka bersiap-sedialah untuk mendapat bil yang tinggi daripada ‘Doktor Kereta’. Jangan ikut perangai nenek di atas!

Menurut Jason Fenske daripada Engineering Explained, memecut dengan gear N turut mengenakan tekanan ke atas gear. Oleh itu, alternatif yang lebih baik ialah memecut dalam gear D daripada N.


 6. ‘Rem’ kemudian masukkan Gear.

 

rev rem kereta

Mungkin ada yang pernah terfikir nak buat begini! Atau anda dah pernah cuba buat macam tu. Tekan minyak, rem kuat-kuat ketika gear dalam posisi N, kemudian terus masukkan gear D. Lihat apa akan jadi.

Kenderaan anda akan bergerak pantas ke depan dengan hebat, anda boleh jimatkan masa beberapa saat ke depan dengan berbuat begitu, tetapi anda akan bazirkan duit untuk repair gearbox automatik anda nanti yang akan cepat haus.

Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai tabiat-tabiat di atas, sila tonton video pakar automotif di bawah:

Jika anda perasan, pelbagai isu tentang gear automatik adalah kebanyakannya berpunca daripada tabiat buruk tpemandu itu sendiri. Jadi, setiap kali memandu, anda mesti selalu mengingatkan diri apakah cara anda memandu sedang perlahan-lahan merosakkan gear atau bahagian-bahagian mekanikal lain. Sekian Terima Kasih – Team KakiReview.com

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline