Melihat WARNA Sebenar Buat Pertama Kali, Lelaki Ini Sebak & Emosi Bila Memakai..

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Bayangkan seumur hidup anda tidak pernah mengetahui warna hijau pada sayur-sayuran atau warna merah pada baju jersey Manchester United, semuanya hitam putih kelabu sahaja. Maka itulah yang dialami oleh golongan buta warna merah-hijau – berlaku dikalangan 1 daripada 12 lelaki dan 1 dalam 200 wanita.

Kebanyakan dari kita dapat melihat 3 jenis “color-sensing cones” di dalam mata kita seperti merah, hijau dan biru, namun golongan istimewa ini mengalami kerosakan pada “cones” tersebut yang menyebabkan panjang-gelombang (wavelength) setiap warna-warna ini saling bertindan (overlapping), sehingga menyebabkan kegagalan untuk membentuk warna yang betul.

kacamata orang rabun warna

Visual Yang Dilihat Oleh Golongan Rabun Warna Ini

Namun, setiap masalah kini ada penyelesaian – kacamata khas EnChroma menggunakan penapis untuk memotong panjang gelombang yang saling bertindan tadi, seterusnya membenarkan perbezaan cahaya dengan lebih nyata terutamanya warna merah dan hijau.Inilah teknologi terhebat yang dibangunkan sendiri oleh seorang pemilik ijazah kedoktoran PhD dalam Sains Kaca (Glass Science) di Alfred University.

enchroma


Penemuan Secara Tidak Sengaja

Sesuatu yang hebat kadangkala bermula dengan sesuatu yang kecil, dan ada kalanya bermula dengan secara tidak disengajakan, Dr Don McPherson mengenalpasti terdapat sedikit transformasi warna pada kacamata makmal yang beliau pakai, yang diselaputi sejenis kanta khas yang beliau sebenarnya ciptakan untuk pembedahan mata secara laser.

enchroma


Ciptaan Mengubah Kehidupan

Ciptaan Dr Don telah banyak membantu pelbagai golongan rabun warna untuk mendapat kembali keindahan melihat sesuatu dengan kepelbagaian warna. Ramai yang hebat dan seolah dilahirkan semula, atas bantuan kacamata EnChroma ini. Kini, mereka boleh melihat warna oren pada buan Sunkist, warna merah gelap pada lampu dan yang penting, warna rambut pasangan mereka sendiri!

Lihat gelagat penuh emosi seorang warga emas yang dihadiahkan sepasang kacamata EnChroma oleh anaknya. Sungguh mengujakan! Admin rasa sebak sekejap.

Hargailah mata anda! BANYAKKAN makan lobak merah, macam arnab 🙂

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline