Jenis Wanita Penakluk Lelaki
Sebagai wanita, kita sebenarnya terletak di dalam kategori tertentu berdasarkan perwatakan dan perpsektif kita secara natural. Dapatkah anda menentukan anda tergolong dalam kategori yang mana ? Dapatkah anda meneka , di antara kategori ini, perwatakan yang manakah berupaya menambat hati seseorang lelaki? Tidak semua lelaki itu sama , namun selepas memahami perwatakan ini, anda akan faham mengapa lelaki tidak dapat menolak !
1) Wanita ibu – Wanita yang mempunyai hati penyanyang, mudah tersentuh, bersifat melindungi dan memenuhi, mudah diramal dan tahap daya penarik memikat tapi tidak mengujakan keseronokan.
2) Wanita sahabat – Wanita yang bersifat terbuka, menerima, seronok didampingi , amat memahami, serasi dan mampu menahan gurauan kasar, atau sesetangah nya boleh mempunyai hobi atau minat terhadap perkara yang sama dengan lelaki seperti sukan , semangat bebas kekawan lelaki , gurau kasar lelaki , lawak jenaka lelaki dan sebagainya. Besar kemungkinan, anda seronok untuk didampingi dan bersantai , tetapi anda jugalah teman dan penasihat apabila si dia terjatuh hati kepada wanita lain dan mendambakan perhatian dan nasihat serta petunjuk dari kawan baik wanitanya!
3) Wanita penggoda – Kadangkala istilah bimbo boleh dilabel pada wanita begini. Wanita yang cantik, atau mempunyai daya penarik dari segi rupa atau tubuh badan yang sangat menarik atau menyerlah, membuatkan mana mana lelaki seperti lemah lutut berada di samping mereka. Namun hati hati, lelaki adalah makhluk berakal yang lama kelamaan akan mudah bosan juga sekiranya hanya ini yang mereka nampak dari wanita .
4) Wanita Cerdik/ Intelektual – Wanita sebegini mungkin cerdik dari segi mengurus kehidupan , diri dan serba serbi. Berkemungkinan juga seorang yang berdikari, punyai daya penarik tersendiri , punyai karakter dan tahu mengawal emosi sendiri , memujuk diri dan cekal menyahut cabaran . Sesetengah lelaki menyukai wanita sebegini , manakala jika karakter wanita itu lebih terserlah, kadangkala boleh menjauhkan lelaki darinya juga . Tidak semua lelaki punyai keyakinan atau kekuatan diri yang kuat, boleh juga merasakan susah untuk mendekati atau mencapai tahap yang sama. Sesetengah lelaki pula mungkin akan ambil jalan mudah dan memperguna situasi ini untuk kepentingan mereka memandangkan wanita sebegini sangat berdikari atau bijak mengurus emosi.
5) Wanita Zalim – Wanita sebegini mempunyai hati yang kering . Mereka tahu di mana kelemahan lelaki dan mereka tahu bagaimana mempergunakan bahagian itu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu atau perlu. Mereka juga punyai tendensi untuk mencabar kemudian memujuk ego lelaki, menjadikan lelaki tidak pernah puas dan sentiasa mengejar walaupun hati disakiti oleh wanita ini.
Dari 5 jenis kategori ini, yang manakah anda ?
Sebenarnya, untuk menjadi wanita terunggul di sisi si dia, adalah dengan menjadi semua ke-5 karektor wanita ini .
Cubalah, sederhanakan semua tahap karektor , jangan diektremkan salah satu dan lihat sendiri bagaimana si dia tidak akan dapat melupakan anda !