Tahun baru ni ada banyak cuti yang bersambung-sambung.Jadi mungkin ada yang merancang mahu bercuti ke Johor Bahru,nak pergi Legoland atau Hello Kitty Theme Park atau jalan-jalan di JPO.Kalau pergi berjalan mestilah akan cari tempat makan juga kan.
Untuk anda yang nak cuba makan nasi ambang atau (nasi ambeng bila disebut dalam loghat Jawa).Maka dicadangkan untuk pergi ke Backstreet Cafe di Bukit Meldrum JB berdepan dengan Suria City Hotel.
Ok,dengar bunyi kedai ni macam bukan hidangkan nasi ambeng kan?Tapi percayalah nasi ambeng kat Cafe Hipster ni rasanya sangat sedap dan membuatkan kita nak makan lagi.Dekorasi kafe ini memang dekorasi hipster yang kebiasaannya menawarkan hidangan makanan hipster,tetapi Backstreet Cafe di Bukit Meldrum JB ini sangat unik dan jauh berbeza.Harga makanannya pun sangatlah berpatutan dengan kesedapan rasanya.Pilihan lauk pauk nasi ambang tu ada banyak pilihan ayam,daging dan termasuklah ketam dan udang dengan rasa yang sangat segar.Tuan punya kedai pun ramah dan baik.Nak cari kedai ni tak susah pun,boleh waze Suria City Hotel.Maka nanti jumpalah cafe tersebut.