Anda penggemar sushi? Sushi adalah makanan tradisional yang popular di Jepun. Ianya turut digemari oleh penduduk dari seluruh dunia. Tahukah anda, sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan diletakkan inti sayur-sayuran, makanan laut, ikan atau telur.
Kini, anda tidak perlu ke negara Jepun kerana di Malaysia sudahpun bertapak kiosk yang menyediakannya. Antara yang terbaik bagi saya ialah Kungfu Sushi yang beralamat di Lot L3-K12, East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, Kuantan, Pahang. Bagi anda yang berada di Bandar Kuantan atau kawasan yang berhampiran, bolehlah menikmati sushi sedap, segar dan yang pasti murah. Harga yang tersenarai bermula daripada seringgit. Cukup berbaloi dengan apa yang anda nikmati.
Antara sushi yang menjadi kegemaran saya adalah perisa keju, chicken floss, unagi dan inari salmon cheese. Selain itu, anda boleh juga mencuba sushi burrito, mentai tamago, tempura ebi bento, spicy ebi cube dan pelbagai pilihan yang membuatkan anda rambang mata. Saya syorkan anda ke sana dan pilihlah mana yang anda suka. Kungfu Sushi terbaik!