Nikmat Sebuah Percutian

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

18485357_1530002597067061_3260066730165009667_n

NIKMAT SEBUAH PERCUTIAN

Sudah menjadi lazim sekarang ini aktiviti bercuti termasuk dalam senarai keperluan kehidupan rakyat Malaysia. Setiap individu samada yang masih bujang atau sudah berkeluarga pasti mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Kemampuan dari segi ekonomi menjadi penentu lokasi dan jenis percutian masing-masing samada jenis bajet atau pun percutian mewah di dalam atau pun di luar negara.
Kewujudan media sosial menjadi salah satu faktor perkembangan industri pelancongan masakini. Secara tidak langsung catatan dan gambar-gambar pemandangan yang cantik dari pengunjung-pengunjung yang telah menikmati percutian menjadi daya penarik kepada pengguna media sosial yang lain.
Pakej-pakej pelancongan mampu milik yang banyak di iklankan juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai nikmat bercuti. Pengusaha-pengusaha penginapan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan memberi banyak pilihan kepada pengguna untuk membuat pilihan mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.

Kenapa perlu bercuti?

Dengan kos sara hidup masakini yang memaksa rakyat Malaysia untuk bekerja lebih kuat. Sedikit sebanyak memberi tekanan dalam diri. Hampir sebahagian masa satu hari digunakan untuk mencari nafkah dan kurangnya waktu untuk berehat dan bersantai bersama keluarga. Tinggal di kawasan kediaman yang sesak dan padat juga menjadi faktor untuk sesekali keluar dari kebiasaan.
Peluang menikmati suasana tenang, nyaman dan segar jauh dari kesibukan dan berada hampir dengan orang-orang tersayang menjadi dambaan setiap individu. Sekurang-kurangnya dapat memberi nafas baru dalam diri yang lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan hari-hari mendatang. Dan kerana itulah ramai yang sanggup bertungkus lumus mencari lebihan rezeki untuk belanja pergi bercuti.
Tapi bercuti perlukan wang yang banyak..
Terpulang pada individu dan bergantung pada matlamat. Lokasi percutian itu sendiri menjadi penentu pada berapa wang yang diperlukan. Tidak menjadi masalah apabila bercuti di dalam negara. Di mana sistem pengangkutannya yang mudah dengan harga berpatutan. Sumber makanan yang senang diperolehi dan kemudahan hospital atau pusat kesihatan yang banyak jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. Bantuan teknikal juga seperti kenderaan rosak boleh di capai dengan panggilan telefon atau media sosial. Tetapi agak berbeza dengan perbelanjaan bercuti ke luar negara banyak aspek perlu di ambil kira. Tidak kira samada di dalam ataupun luar negara setiap individu pasti sudah menyediakan duit belanja yang mencukupi.

Jika ditanya pada sebuah keluarga apakah makna percutian.

Anak 1 : dapat mandi kolam
Anak 2 : dapat mandi kolam
Anak 3 : dapat mandi kolam
Itu definisi bercuti pada kebanyakan anak-anak sekarang. Mereka tidak peduli kemana dan dimana yang penting mesti ada kolam renang untuk mandi, berendam dan berenang sepanjang hari. Itu sudah cukup membahagiakan.

Isteri : dapat keluar dari rumah, berehat daripada melakukan kerja rumah . menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, menikmati makanan atau minuman yang viral dilokasi terlibat, berswafoto dan berkongsi dimedia sosial, shopping (walaupun hanya beli keropok losong atau cencaluk) ia tetap memuaskan hati dan cukup membahagiakan.

Suami : suami juga sama seperti isteri. Bercuti bagi mereka adalah lari dari rutin harian yang sibuk dan meletihkan. Keseronokan bercuti pada mereka biasanya apabila dapat memandu kereta yang baru diservis. Memandu dengan tenang, lancar dan laju di atas lebuh raya.

Walau apapun definisi dan pandangan. bercuti itu memang perlu untk mengisi kembali tangki semangat kita. Supaya kita boleh bergerak lebih jauh kehadapan.
Oleh itu, ambil lah peluang pergi bercuti. Rehatkan jiwa bahagiakan perasaan dan gembirakan keluarga.

Facebook Comments
Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline