Petua dari dapur: Nyior kelapa galak tumbuh rambut?

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

rambut

Banyaknya rambut yang gugur… Bila rambut banyak gugur mulalah nak stress lepastu rasa malu nak berdepan dengan orang. Sampai satu tahap mesti kita tertanya-tanya apalah yang boleh kita buat untuk tangani masalah ni kan? Rawatan pakar boleh bagi yang berkemampuan tapi, bagi yang kurang mampu macam mana pula?

Ha, meh sini nak kongsi satu info yang menarik pasal rambut gugur ni. Rasanya ramai yang dah perasan, rambut kebanyakan wanita India yang sangat lebat dan berkilau kan. Rahsia disebalik lebatnya rambut mereka adalah…MINYAK KELAPA!
Struktur molekul minyak kelapa yang ringan membuatkan ia mudah meresap ke dalam kulit kepala dan menguatkan folikel rambut seterusnya mengurangkan rambut daripada terus gugur.

Menurut K. Barve dan A. Dighe dalam The Chemistry and Applications of Sustainable Natural Hair Products (2016), minyak kelapa mengandungi asid lemak tepu yang merupakan sumber rantaian asid lemak tertinggi. Satu lagi, minyak kelapa ni ada asid yang baik tau iaitu asid Laurik. Ini dinyatakan oleh Marina et al. pada tahun (2009) dalam artikel yang bertajuk Chemical Properties of Virgin Coconut Oil. Asid laurik ini dikatakan mampu membantu menguatkan akar rambut dan menghalang helaian rambut daripada pecah.  

Kandungan antioksidan & nutrien penting ( Vitamin E, Vitamin K & Zat Besi) yang wujud di dalam minyak kelapa dara akan menambahbaik pertumbuhan rambut dari akar. Malah, minyak kelapa dara ini akan mencegah kulit kepala daripada tumbuh fungus dan bakteria yang boleh melambatkan proses pertumbuhan rambut.

Jadi macam mana cara penggunaan yang berkesan kan? Baiklah, mulakan dengan urutan secara perlahan pada kulit kepala dengan minyak kelapa. Ini akan membantu melancarkan peredaran darah di dalam kulit kepala dan membantu penyerapan nutrien ke dalam kulit kepala.

Hasilnya, rambut yang lebat dan tampak bersinar. Cubalah, tak rugi kan. Berbaloi tau kalau boleh dapat hasil yang terbaik untuk rambut anda.

Rujukan:
1.Buku ‘The Chemistry and Applications of Sustainable Natural Hair Products’ yang ditulis oleh Kalyani Barve dan Apurva Dighe terbitan Springer International Publishing
2.Marina, A.M., Che Man, Y.B., Nazimah, S.A.H. et al. J Am Oil Chem Soc (2009) 86: 301. https://doi.org/10.1007/s11746-009-1351-1

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline