Tips bagi wanita yang dah ‘putus tapi masih cinta’

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini berpeluang merasai indahnya cinta tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita. Namun tidak semua merasai sakitnya putus cinta kerana ada cinta yang berakhir di jinjang pelamin. Sesungguhnya, putus cinta itu tidak sakit, yang sakit apabila putus tapi masih cinta.

Tidak dinafikan, sakitnya putus cinta boleh menjadikan seseorang murung, hilang arah, rasa seakan dunia ni gelap bahkan juga rasa ingin membunuh diri. Manakan tidak, jika orang yang disayang, yang selalu ada tiba-tiba mengambil keputusan untuk pergi.

Oleh itu, di sini saya kongsikan apa yang perlu dilakukan oleh mereka di luar sana khususnya golongan wanita yang putus cinta tetapi masih cinta.

Menangis

Menangislah! Jangan sembunyikan apa yang anda rasakan ketika ini. namun jangan sampai meratapi. Menangis sebanyak mana kamu mahu kerana akan sampai masa kamu sendiri akan sedar dan letih untuk semua ini.

Dekatkan Diri Dengan Tuhan atau Pencipta

Kosong, itulah yang dirasakan ketika itu. Rasa kesunyian dan kesepian sorang diri hingga dalam hati ada rasa sesuatu yang kurang. ini adalah masanya untuk perbaiki semula hubungan dengan tuhan kerana x dinafikan penulis mula mengenal tuhan dan mencari diri selepas putus tapi masih cinta.
Belajar dan dalami ilmu agama. seperti penulis yang sebelum ini leka dengan cinta dan dunia hingga solat pun hanyalah dua kali sahaja, itu pun kerana rasa down teruk akibat putus. Belajar mengaji jika tidak tahu mengaji. bukan untuk sesiapa, untuk diri anda sendiri.
Cabar Diri

Pergilah sejauh mungkin dan keluar dari zon selesa untuk mencabar diri anda. Mungkin sebelum ini anda terlalu selesa berada di bawah ketiak keluarga dan ‘sejarah’ anda namun, tiba masanya untuk anda buktikan yang anda boleh berdikari dan hidup tanpanya. Secara x langsung ia juga beri kenalan baru.

Cari Minat dan Hobi Baru

Selain dari cabar diri untuk merantau ke tempat baru dan asing. Apa kata anda cuba untuk mencabar diri explore minat baru seperti hiking dan travel sorang-sorang. Di sini, sekali lagi secara x langsung anda membuktikan pada ‘sejarah’ anda x lemah dan bukan yang ‘dulu’ lagi.

Perbaiki diri

Ambil peluang yang ada atau yang datang. Tidak kiralah jika ia nya adalah peluang dalam bentuk kerja mahupun peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini lah masanya untuk anda buktikan kepada ‘sejarah’ anda yang anda bukan nya typical wanita yang putus dan terus kawin untuk buatkan ‘sejarah’ anda menyesal. buatkan ‘sejarah’ anda menyesal meninggalkan anda kerana kerjaya yang anda genggam.
Lengkapkan Kelemahan yang Ada Dalam diri

Tidak tahu memandu atau tiada lesen memandu adalah satu kekurangan dan kelemahan di zaman sekarang. Mungkin sebelum ini anda tidak merasa akan pentingnya sekeping lesen memandu kerana adanya ‘sejarah’ yang sering menghantar dan mengambil anda.namun sedarkah anda? kini semua anda kena lakukannya sendiri. Sendiri hokay!
Tidak tahu memasak juga adalah salah satu kelemahan bagi sorang manusia bergelar wanita. ambil peluang dari status diri anda yang “single’ itu untuk belajar masak agar masa bercinta or dah ada calon. anda sudah mempersiapkan diri anda.
Mula Merancang Masa Depan

Siapa kata merancang masa depan hanya dilakukan dengan pasangan atau jika mempunyai pasangan. Perancangan masa depan khususnya dari segi kewangan harus dimulakan lebih awal agar tidak menyusahkan diri sendiri pada masa akan datang.
Anggaplah putus cinta itu adalah cara terbaik tuhan nak sedarkan kau bahawa lebih baik menabung dari membazirkan duit kau kepada orang yang belum tentu jadi milik mu lagi.
Akhir sekali, Carilah Diri anda, Maafkan Diri anda dan Mulakan Hidup Baru!

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline