Tentatif Hari Pertama di Prague, Ibu Kota Republik Czech

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

rp_Prague-city-skyline-and-Charles-Bridge-92523139-870x400.jpg

Negara Republik Czech merupakan salah satu tempat pelancongan yang semakin digemari ramai untuk dikunjungi. Ibu negaranya, Prague (sebutan: Pra-ha) terdiri daripada dua kota iaitu kota lama (Old Town) dan Kota Baru (New Town) menjanjikan percutian sangat menarik jika anda menggemari kawasan percutian seperti fairy tale yang romantik, bersejarah, dan unik. Artikel ini bertujuan untuk memberi idea kepada anda yang ingin melawati Prague dan jika anda mempunyai kesempatan untuk melancong di Republic Czech, tempat-tempat yang disenaraikan di dalam artikel ini wajib untuk anda lawati.

Image result for prague

Sumber: https://getbybus.com/en/blog/24-hours-in-prague/

Bermula di Old Town, terdapat satu pasar yang dikenali sebagai Havel Market yang wajib dikunjungi. Havel Market ini merupakan pasar outdoor dan menjual segala jenis cenderamata yang menarik untuk pelancong. Selain itu, Havel Market juga terkenal dengan jualan buah-buahan seperti beri, anggur, plum, pir dan berbagai lagi. Anda boleh membeli buah yang diingini dan memakannya di sana kerana ada air pancut kecil yang disediakan untuk membasuh buah-buahan tersebut.

Related image

Sumber: https://www.prague-stay.com/lifestyle/review/57-sights-in-prague/58-old-town-sights-prague-sightseeing/5-havel-market

Image result for old town square prague

Sumber: https://www.tripexpert.com/prague/attractions/old-town-square-vs-wenceslas-square

Selepas itu, anda perlu mengunjungi Old Town Square kerana tempat tersebut juga dikenali sebagai outdoor museum. Di Old Town Square, anda dapat melawat The Prague Astronomical Clock, Tyn Church of Gothic Architecture, Golt-Kinsky Palace dalam rekabentuk Rococo, Jan Hus Memorial, St. Nicholas Church dalam rekabentuk Baroque. Anda dapat menghabiskan sepanjang hari anda dengan mengunjungi bangunan-banguan di sekitar Old Town Square tersebut.

Image result for astronomical clock pragueSumber: http://prague-navigator.com/prague-astronomical-clock/

Ketika di Old Town Square, jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan oleh The Prague Astronomical Clock yang berlangsung setiap jam. Persembahan tersebut akan diiringi dengan irama lagu, deringan loceng dan pergerakan patung-patung disekeliling jam tersebut.

Image result for kavarna cafe pragueSumber: https://www.prague.eu/en/object/food/931/kavarna-slavia

Kemudian, anda perlu mencuba kopi di Kavarna café, berhadapan dengan National Theater dan Legion Bridge. Kafe tersebut merupakan kafe yang tertua di Prague dan dibina pada tahun 1881 (130 tahun). Menu popular di kafe tersebut adalah Ledova latte Slaviato.Menjelang petang, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam di Sungai Vltava.

Image result for vltava river prague pedal boat

Sumber: https://hbombworldwide.com/2014/10/26/h-bombs-sunday-photo-week-51-a-river-view-in-prague/

Terdapat aktiviti bot pedal atau kayak di sungai tersebut yang boleh dicuba sambil menikmati angin petang dan suasana matahari terbenam. Sebelum mengakhiri hari pertama, anda dapat mengambil gambar kenang-kenangan di Jambatan Charles dengan berlatar belakangkan Istana Prague.

Image result for charles bridge prague castle

Sumber: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Night_view_of_the_Castle_and_Charles_Bridge,_Prague_-_8034.jpg

Menarik bukan Prague? Melawati tempat-tempat dan bangunan di kawasan Old Town seperti berada di dalam kisah fairy tale. Berakhir tentatif untuk hari pertama dan tentatif hari kedua akan bersambung di artikel yang selanjutnya. Selamat merancang perjalanan anda!

(Artikel ini ditulis untuk perancangan tentatif berdasarkan ringkasan beberapa review pelancong ke Prague)

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline