Sains Masa Depan Malaysia

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Menurut Kamus Dewan, sains membawa maksud ilmu pengetahuan yang teratur dan dibuktikan kebenarannya. Menurut pemahaman umum, sains membawa maksud segala kemajuan yang dicipta untuk memudahkan manusia. Jika dihalusi, kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding dengan keburukan.

Sains memudahkan manusia mengharungi kehidupan dengan lebih baik. Sebagai contoh, manusia sudah dapat menikmati kehidupan dengan sempurna dengan adanya bekalan elektrik untuk selama tempoh 24 jam. Oleh itu, manusia tidak lagi bergantung kepada teknologi lama seperti penggunaan pelita minyak tanah dan sebagainya.

Sains juga membantu manusia berhubung dengan dunia luar dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh, komunikasi menerusi Internet melalui penggunaan alat elektronik seperti telefon, fak dan komputer mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan urusan harian dapat dijalankan dengan lancar.

Di samping itu, sains memudahkan manusia memperoleh maklumat terkini. Penggunaan jalur lebar hari ini dapat membantu manusia manusia meneroka dunia luar dan mengetahui isu-isu semasa. Oleh yang demikian, persaingan sains dan teknologi dengan negara luar mampu menjadikan negara semakin maju.

Selain itu, sains juga digunakan dalam bidang perubatan, khususnya dalam mengubati penyakit kronik. Sebagai contoh, penyakit kanser diubati dengan menggunakan kaedah sains. Oleh itu, tahap kesihatan masyarakat akan lebih terjamin di samping memberikan keselesaan dan keyakinan kepada masyarakat hari ini untuk kekal sihat.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sains banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan kemajuan sains dengan cara yang betul. Sekiranya terdapat keburukan, pilihlah lorong yang menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline