Jenius : Siri yang tidak dipandang

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

MV5BNTQ2ZWRkZDEtNjZkZC00NWI4LTg3MTItYmJmMmMzOTQwZTEzXkEyXkFqcGdeQXVyMjg0MTI5NzQ@._V1_SY1000_CR0,0,563,1000_AL_ lBmjbc

Pernahkah anda mendengar siri Jenius? Bila sebut Jenius, apa yang ada di fikiran anda? Saya pasti ianya sesuatu yang pintar. Genius. Genius bagaimana? Sudut sains atau matematik? Mungkin juga sudut seni?

Siri Jenius adalah sebuah siri dari China, yang tidak dipandang!

Ianya bermula dengan drama bersiri, dimana satu episode cuma memakan masa dalam 20 minit sahaja. Pendek bukan? Hanya ada 10 episode.

Drama dari China itu bernama Jenius. Walaupun sekadar 20 minit, isinya padat dan mampu membuatkan penonton terpesona dengan kebijaksanaan sang hero bergelar Ah J.

Sejauh manakah kebijaksanaan Ah J sehingga digelar Jenius?

Ah J merupakan pelajar di sebuah sekolah. Para lelaki dalam keturunan beliau mempunyai genetik yang unik, iaitu, umur pendek. Terlalu pendek. Cara untuk mereka meneruskan keturunan mereka adalah menyimpan sperma.

Keturunan Ah J yang berumur pendek ini dijaga oleh pembantu rumah mereka. Ah J tidak mahu nasibnya sama seperti keluarganya. Maka, dia mencipta satu formula untuk memanjangkan hayatnya.

Disinilah kebijaksanaan Ah J terserlah. Dia mencipta ‘Life Formula’. Apakah itu?

Formula itu dikira menggunakan beberapa komponen seperti hubungan cinta, tinggi, berat, ukuran wajah, status kewangan dan kesihatan. Ah J telah mengkaji ramai orang terkenal di seluruh dunia yang telah mati, dan memasukkan data mereka ke dalam ‘Life Formula’, dan hasilnya, tepat umur kematian mereka semua.

Secara mudahnya, Ah J dapat mengira hayatnya sendiri, dan dia akan berusaha memanjangkan hayatnya, dengan mengurangkan mana-mana komponen. Sebagai contoh, jumlah kiraan formulanya tidak boleh melebihi 100, jika tidak dia akan mati. Maka Ah J akan mengubah mana-mana komponen supaya tidak melebihi 100. Dia tidak boleh menyimpan harta yang yang k kerana mahu menurunkan komponen ‘status kewangan’. Ada satu tahap, dia terpaksa mencederakan dirinya untuk menurunkan komponen ‘kesihatan’. Semua ini dilakukan untuk menambah jangka hayatnya. Genius bukan?

Namun semuanya tidak semudah yang di sangka kerana terdapat seprang lagi yang turut mengetahui ‘Life Formula’ tersebut dan cuba menggunakannya untuk membunuh orang tertentu. Membunuh menggunakan matematik! Genius bukan?

Drama Jenius disambungkan dengan 3 filem bertajuk Jenius, The Second J, Jenius, Jenius, Countdown In The Riddle dan filem terakhir Jenius, Deadly Interference.

Semuanya hebat dan gempak. Anda perlu fokus untuk memahami perlakuan mereka, kerana mereka terlalu genius!

Cubalah tonton. Sayang kerana cerita ini tidak dipandang! Lakonan semuanya mantap.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline