Tips Mudah Menabung yang Berkesan

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

TIPS MUDAH MENABUNG YANG BERKESAN

Hidup ini ibarat roda. Kadang kadang kita bernasib baik dan seronok menghayati dunia, tetapi kadang kadang ada sahaja masalah yang menimpa, dan masalah yang paling tertekan yang hampir dihadapi oleh segenap masyarakat ialah masalah kewangan. Oleh itu, ramai berpendapat mahu tidak mahu kita haruslah menyediakan beberapa ‘extra money’ untuk kegunaan akan datang dan salah satu caranya ialah dengan menabung/menyimpan. Tetapi bagaimanakah caranya untuk  menyimpan dengan betul agar duit tersebut tidak digunakan sewenang wenangnya? Berikut ialah beberapa tips untuk menabung dengan jayanya tidak kisah diaplikasikan oleh golongan tua mahupun muda.

 

  1. Menyimpan hanya Not Hijau RM5!

Untuk memudahkan kita menyimpan wang tanpa rasa ragu-ragu, saya rasa pilihan mata wang RM5 lah yang paling sesuai. Hal ini demikian kerana, RM5 merupakan duit yang hampir semua hati orang tidak keberatan untuk dikeluarkan mahupun untuk disimpan, tidak banyak mahupun kurang. Sempurna! Caranya mudah contohnya, jika telah mendapat gaji atau duit poket dari ibu bapa atau duit raya dan sebagainya, berbelanjalah untuk keperluan dahulu, baru kehendak. Lalu, segala baki yang berwarna hijau RM5, simpanlah ia tidak kisah banyak mahupun sedikit. Dapat sahaja baki not hijau RM5, terus niat dan ‘set’ dalam kepala, simpan untuk menabung. Kira macam ‘taboo’ lah menggunakan not hijau itu pada waktu sekarang.

 

2. Mudah kerana ‘Unexpected’!

 

Sebenarnya lebih mudah ‘target’, jika dapat baki not hijau RM5 simpanlah terus, berbanding dengan sebelum keluarkan duit, fikir dahulu berapa mahu menyimpan atau selepas keluarkan duit, simpan sahaja apa yang ada. Hal ini demikian kerana jika kita menyimpan sebelum keluarkan duit, kita berasa terlalu banyak disimpannya pula, takut tidak seimbang untuk bayar keperluan dan kehendak atau selepas keluarkan duit, sedikit pula rasanya baki menyimpan.

Ibarat dapat ‘unexpected’ keadaan terpaksa keluarkan duit, apa kata kita menyimpan dengan cara dapat ‘unexpected’ baki. Kita tidak tahu berapa baki yang ingin diberi juruwang. Kadang-kadang mereka memberi baki not biru RM1 sebanyak RM5, kadang-kadang boleh dapat not hijau terus, kadang-kadang juruwang yang pula tanya ada duit kecil atau tidak. Kalau tiada rezeki untuk menyimpan not hijau RM5, tidak mengapa boleh cuba kemudian hari. Kadang dapat banyak, Alhamdulillah. yang penting menyimpanlah secara sederhana.

 

 

3. Simpan di Tempat yang Susah Diambil Wangnya

 

Tidak kisah di mana mana asalkan susah untuk kita ambil wang simpanan dan gunakannya. Ada orang simpan di dalam tabung yang boleh simpan tapi tak boleh dibuka, tunggu penuh baru pecahkan. Ada juga orang simpan di dalam akaun bank yang jarang ‘diganggu’.

Sebagai contoh katakanlah anda buat dua akaun bank, tak kisah. Anda ada akaun kad Maybank dan akaun kad Bank Rakyat. Disebabkan kad Maybank ada kemudahan Maybank2u, iaitu ‘bank-in’ secara ‘online’, maka bolehlah anda berurusan dengan mudah sama ada keluarkan duit mahupun masukkan duit. Duit gaji masuk, duit pinjaman masuk, duit untuk shopping, bayar bil dan sebagainya hanya dengan ‘klik-klik’ di gajet sahaja. Secara tak langsung kad Maybank anda aktif, dan jika anda ingin menyimpan wang simpanan di situ, ia pasti akan sedikit ‘terganggu’. Oleh itu anda gunakan kad akaun Bank Rakyat untuk simpanan sahaja, dah kumpul banyak simpanan, simpan terus di dalam bank. Apabila memerlukannya betul betul, baru anda pergi mengeluarkan wang di bank. Ia agak melecehkan kerana anda tiada ‘bank-in’ secara ‘online’ di Bank Rakyat, tetapi senanglah untuk anda menyimpan dengan baik, bukan?

 

Akhir kata, semoga dengan tips tips ini anda berjaya menyimpan wang dengan senang dan berjaya. Wang simpanan sangat penting untuk memudahkan kita mengharungi liku liku cabaran kehidupan kewangan, lebih baik menyediakan payung sebelum hujan,bukan?

Ditulis oleh : Sakinah

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline