Rooftop rant – bukan novel biasa-biasa

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Rooftop rant: Bukan novel biasa-biasa

cover depan novel

 

Novel rooftop rant; mungkin ada yang pernah mendengarnya atau mungkin tidak.

Novel ini merupakan terbitan jemari seni yang ditulis oleh hlovate. Dengar nama penulis pun dah lain macam kan apalagi cerita dia.

Seperti namanya rooftop rant, semestinya ia berkisarkan perbualan yang berlaku dekat atas bumbung. Tapi untuk memberi anda semua sedikit idea, semua perkara yang berlaku dekat atas bumbung itu lebih bermakna daripada apa yang anda semua fikirkan.

Ok, untuk memudahkan cerita, rooftop rant ini menceritakan tentang kehidupan seorang budak lelaki, jade, dan seorang budak perempuan, trisy. Mereka berdua berasal daripada latar belakang keluarga dan kehidupan yang berbeza. Walau bagaimanapun, sudah ditakdirkan untuk mereka berdua bertemu di atas bumbung dan di situ segala perbualan mereka berlaku.

Pada awalnya jade dan trisy masing-masing pergi ke bumbung itu untuk melepaskan tekanan yang mereka hadapi. Dengan kata lain, bumbung itu merupakan escapism mereka. Namun, hanya kerana suatu insiden yang terjadi, mereka mula mengenali sesama sendiri dan daripada itu juga mereka mengetahui punca mereka datang ke bumbung adalah sama: masalah keluarga. Sejak itu, mereka menjadi rapat dan sering terbuka menceritakan masalah mereka sesama sendiri kerana mereka memahami apa yang masing-masing hadapi.

Jadi, daripada itu kita sudah nampak novel ini lain daripada yang lain. Penulis tidak menfokuskan unsur cinta dalam karyanya kerana beliau ingin mengutamakan isu-isu yang lebih realistik dan serius seperti isu kekeluargaan, depresi dan penghijrahan manusia. Bagi saya sebagai pembaca, hlovate berjaya menyampaikan cerita ini dengan baik kerana saya sangat terkesan semasa membacanya. Orang sekeliling saya yang turut membaca novel ini juga mengakui impak yang diberi telah mengubah diri mereka untuk menjadi lebih baik.

Jadi, bagi anda yang masih belum membaca novel rooftop rant ini masanya. Banyak pengajaran dan input yang boleh didapati terutamanya kepada mereka yang ingin berhijrah menjadi insan yang lebih baik. Atau mungkin juga kepada mereka di luar sana yang inginkan kelainan dalam sesebuah novel. Percayalah, anda tidak akan menyesal membacanya!

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline