Ketersediaan generasi muda menghadapi revolusi 4.0

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

a16f5967ddc5d6029d3e16f442eadf08 71fc8344b03a4dc780f6357b15d6c62c

Ketersediaan generasi muda muslim menghadapi era 4.0

Revolusi industri 4.0 yang melibatkan teknologi digital telah memberi cabaran baru kepada semua sektor dunia termasuklah bidang pengajian Islam. Masyarakat Islam perlu melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing.Sebelum ini, revolusi indusrti yang pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi Perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Kemudian diikuti dengan revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Kini Revolusi 4.0 pula telah menemukan pelbagai teknologi baru seperti internet of things (IoT), analisis, bog data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Generasi muda muslim perlulah mengambil pengajaran daripada sarjana Islam terkemuka iaitu Imam Ghazali yang berjaya menguasai semua bidang ilmu. Masih tidak terlambat untuk umat Islam mengambil bahagian dalam pembangunan Revolusi industri 4.0 agar dapat mengubah dunia.
Semua rakyat termasuk generasi muda perlu dilengkapkan dengan Ilmu pengetahuan berkaitan teknologi sebagai persiapan bagi menghadapi perkembagan revolusi industri 4.0. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata untuk itu kerajaan menerusi kementerianya berusaha untuk memastikan infrastruktur bagi capaian internet mencukupi supaya rakyat tidak ketinggalan. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menyediakan diri daripada sekarang untuk cabaran masa depan. Dalam pada itu, pihak kerajaan telah melakukan apa sahaja yang boleh memastikan generasi muda hari ini sama ada di Bandar atau luar Bandar menikmati akses Internet. Kalau taka da akses maka kita tak boleh mengambil atau menikmati kemudahan-kemudahan daripada teknologi baru ini. Permulaan yang harus dilakukan pada generasi muda adalah menggunakan faedah yang terdapat pada kemudahan teknologi sebagai persediaan menempuhi cabaran dalam era baru ini.
Revolusi Industri 4.0 ialah abad internet dan teknologi. Pada abad ini, generasi muda harus menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran pada era revolusi 4.0 ini.Generasi muda haruslah haruslah menguasai pembacaan, menghafal Al-Quran dengan tartil, menguasai hadis Nabi, menulis dengan menggunakan bahasa Arab dan menguasai teknik berkomunikasi menggunakan teknologi agar ilmu boleh disebarkan dan tidak luput ditelan zaman. Melalui generasi muda, dakwah harus disampaikan melalui instrumen teknologi dengan tujuan untuk menyampaikan ajaran Islam dan disebarkan kepada masyarakat.

RUJUKAN
1. Inaara Aznan, 2019, Revolusi Industri 4.0 Cabaran baharu dalam pengajian Islam, www.ukm.my/news/latest_News/revolusi-industri-4.0-beri-cabaran-baharu-dalam-pengajian-islam/, diakses 3 jan 2019, 8.00 pm.

2. Bernama, 2019, Rakyat perlu lengkapi pengetahuan teknologi hadapi revolusi digital 4.0, www.bernama.com/bm/news.php?id=1702898, diakses 3.jan.2020, 8.00 pm.

3. Razikin Juraid, 2018, Dakwah alokatif pemuda Islam menghadapi era industri 4.0, https://m.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2018/11/27/155390/dakwah-alokatif-pemuda-islam-menghadapi-era-indusrti-4.0.html, diakses 3 jan 2019, 8.00 pm.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline