Pet Sematary

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

photo_2020-01-15_15-24-14 photo_2020-01-15_15-24-42

PET SEMATARY

Mungkin anda pernah mendengar tentang “ Pet Sematary”. “ Pet Sematary” merupakan judul bagi salah sebuah novel yang ditulis oleh penulis yang bernama Stephan King. Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem.

Difahamkan, Pet Sematary telah diilhamkan daripada satu kejadian yang benar-benar berlaku iaitu kisah sepasang suami isteri yang telah kehilangan anak pertama mereka akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sekitar tahun 1910 di Texas, Amerika Syarikat.

Penduduk sekitar mempercayai tentang lagenda bahawa, jika pasangan suami isteri menanam mayat anak mereka di tempat perkuburan haiwan, maka anak tersebut akan dapat hidup semula. Tetapi anak tersebut tidak akan berkelakuan seperti manusia biasa, namun sebaliknya fizik dan perilakunya akan menyerupai zombie dan tidak mempunyai jiwa.

Akhirnya, pasangan tersebut menguburkan anak mereka yang telah meninggal di perkuburan haiwan tersebut. Setelah kejadian itu, pasangan tersebut hilang tanpa jejak. Perkara ini disedari oleh penduduk sekitar. Mereka percaya apa yang berlaku ada kaitannya dengan anak pertama mereka yang telah meninggal. Mungkin pasangan tersebut telah dibunuh oleh anak mereka yang telah “ hidup”. Tiada siapa yang tahu apakah nasib yang menimpa pasangan tersebut.

Menurut beberapa kisah daripada penduduk Texas, selepas berlakunya kejadian menyeramkan yang menimpa pasangan tersebut, amalan menghidupkan semula anak yang sudah mati telah dihentikan oleh segelintir penduduk tempatan kerana mereka mula sedar bahawa perbuatan tersebut telah melanggar hukum alam.

Stephen King pernah menyatakan bahawa karya novel Pet Sematary yang ditulis oleh beliau tidak akan laris dijual di pasaran kerana mengandungi jalan cerita yang terlalu seram dan mengerikan untuk dibaca. Namun, siapa yang menyangka, novel tersebut kemudiannya menjadi antara karya terbaik beliau sebelum akhirnya diadaptasi menjadi sebuah filem baru-baru ini.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline