YouTuber ini malu besar sebab dikalahkan oleh seekor kucing bernama ‘Ninja’

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

komen natizen ninja 4 ninja 1

Ujikaji dirumah mungkin merupakan satu perkara biasa yang dilakukan oleh ramai YouTuber di luar sana bermula dari ujikaji menggunakan bahan kimia, permainan dan ciptaan terbaru. Namun berbeza dengan channel Exploration Lab yang diasaskan oleh seorang anak Melayu tempatan di mana beliau telah mencuba beberapa perkara yang unik dan segar dalam setiap ujikaji.

Ujikaji yang dilakukan banyak berbentuk hiburan, namun serba sedikit memberi pengetahuan kepada natizen terutamanya bagi golongan muda. Ujikaji Exploration Lab lebih tertumpu kepada ujian terhadap masa, kesan dan penerokaan  yang belum pernah dilakukan oleh YouTuber lain diluar sana.

Dalam video kali ini, ujikaji Exploration Lab  telah mencuba sesuatu perkara yang unik. YouTuber telah menggunakan seekor kucing hitam yang diberi nama ‘Ninja’ untuk dijadikan bahan ujikaji. Ujian yang dilakukan adalah ujian kepantasan masa di mana YouTuber akan berlumba lari dengan kucing tersebut.

Diawal ujikaji, YouTuber tidak menyangka larian yang dilakukan olehnya dikalahkan oleh kucing tersebut, namun dengan penuh yakin bagi menutup rasa malu, YouTuber menyatakan bahawa kekalahan itu disebabkan oleh masalah kekejangan di mana beliau  belum membuat senaman regangan otot sebelum larian dimulakan.

 YouTuber mengambil keputusan untuk melakukan senaman ringan terlebih dahulu dengan harapan perlumbaan seterusnya beliau akan dapat mengalahkan ‘Ninja’. Mungkin disebabkan oleh perasaan yang terlalu yakin dan merendah-rendahkan kebolehan kucing hitamnya, beliau hanya membuat senaman yang mudah sambil bermain di taman.

Paling menarik, YouTuber telah memulakan perlumbaan dari tengah padang dengan jarak lebih kurang 40 meter dilengkapi dengan catatan masa dan camera di bahagian garisan penamat.

 Setelah itu, perlumbaan final dimulakan. YouTuber sebenarnya berpeluang mengalahkan kucing hitam tersebut diawal perlumbaan kerana  ‘Ninja’ hanya bergerak dengan agak perlahan diawal perlumbaan. Namun apa yang mengejutkan, setelah perlumbaan dimulai beberapa saat,  kucing tersebut telah bergerak pantas meninggalkan Youtuber dengan jarak lebih kurang 1 meter semasa sampai digarisan penamat.

Perlumbaan tidak berakhir di situ, YouTuber tetap tidak mahu mengalah. Bagi menutup rasa malunya, ulangan perlumbaan  tetap dilakukan untuk membuktikan bahawa beliau mampu mengalahkan kucing tersebut. Namun pada kali ini, ‘Ninja’ tidak membuang masa, sebaik sahaja ia dilepaskan, dengan pantas kucing hitam tersebut bergerak laju meninggalkan Youtuber.

 Nak tahu apa yang berlaku sepanjang ujikaji dan situasi YouTuber di dalam perlumbaan ini? Apa kata anda tonton video tersebut yang berdurasi  lebih kurang 11 minit di dalam channel Exploration Lab. Pasti anda akan teruja melihat ujikaji dan keputusan yang diperolehi di dalam ujikaji ini. https://youtu.be/Oy2qBKG1alg

Rata- rata netizen yang meninggalkan komen  turut memuji, kagum dan teruja dengan ujikaji yang dilakukan oleh YouTuber .

Walaupun kualiti video ini agak kurang memuaskan disebabkan oleh gegaran cameraman amateur, namun penonton pasti akan tersenyum berpuas hati dengan mesej yang cuba disampaikan oleh channel Exploration Lab. Cara penyampaian yang bersahaja dan  jalan cerita yang jelas dengan subtitle  dapat membantu para penonton memahami setiap percakapan dan perancangan yang dilakukan oleh YouTuber.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline