Pening Mencari Tempat Latihan Praktikal? Ini 4 Tips Mudah!

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

my.lovepik semakanupu.. asb.edu.my

Latihan praktikal adalah tempoh di mana para pelajar perlu belajar sambil bekerja di syarikat-syarikat yang menawarkan program ini. Kebanyakan institut pendidikan juga sudah mula mewajibkan pelajar untuk menjalani praktikal sebagai syarat untuk menamatkan pengajian. Kebiasaannya, program ini akan mengambil masa anggaran dari 2 bulan sehingga 12 bulan, bergantung pada jenis institusi dan bidang pengajian.

Tempat praktikal yang bagus adalah sangat penting! Ia bukan sahaja membantu anda mendapatkan pengalaman bekerja yang baik, tetapi juga mana tahu ada rezeki untuk anda diserap bekerja? Tips di bawah mungkin boleh membantu anda dalam pemilihan tempat praktikal!

1. Lokasi pilihan

 

Sasarkan kawasan spesifik terlebih dahulu. Misalnya, anda berminat untuk bekerja di Kuala Lumpur. Jadi, bahagian Kuala Lumpur yang mana menjadi sasaran anda? Hal ini membantu anda mengecilkan lagi pilihan syarikat untuk anda mohon.

Alternatif lain adalah dengan mensasarkan syarikat yang anda berminat untuk mohon. Contoh, anda berminat untuk praktikal di BMW di Cyberjaya.  Dalami dahulu aspek berikut, terutama sekiranya anda memilih untuk praktikal jauh dari kampung halaman:

  • Kos sara hidup di kawasan tersebut. Adakah elaun praktikal anda dapat membantu anda menanggung kos sara anda di sana?
  • Kediaman. Kebiasaannya, kos sewa rumah yang berdekatan dengan kenderaan awam seperti LRT adalah lebih mahal.
  • Kenderaan. Jika anda sudah ada kenderaan sendiri, bagaimana dengan keselamatan kenderaan anda di sana? Jika tiada, apakah kenderaan yang anda akan gunakan ke tempat kerja nanti?
  • Bantuan kewangan. Pastikan anda mempunyai simpanan mencukupi untuk sebarang kemungkinan apabila tinggal jauh dari keluarga, lebih-lebih lagi seorang pelajar.

 

2. Kriteria syarikat yang menjadi sasaran

 

Kaji terlebih dahulu syarikat mana yang menawarkan program praktikal kepada para pelajar. Sediakan senarai. Walaubagaimanapun, bukan semua syarikat yang menawarkan praktikal itu, bagus. Ada juga syarikat yang mengeksploit  pelajar praktikal untuk kepentingan syarikat dengan menetapkan waktu kerja yang panjang, diberi kerja-kerja yang tidak berkenaan dengan bidang pengajian pelajar.

Apa yang perlu anda kaji?

  • Industri. Bekerja di industri diminati, sangat membantu dalam memotivasi diri anda apabila di alam pekerjaan. Misalnya, jika anda meminati industri kewangan, dan kini meneruskan pengajian dalam akaun, mungkin insitutis kewangan atau perakaunan seperti bank atau firma audit akan menjadi pilihan anda.
  • Lokasi praktikal. Bagi syarikat besar, ada antaranya yang mempunyai cawangan di kawasan lain. Sasarkan tempat di mana anda ingin praktikal.
  • Program praktikal. Sesetengah syarikat besar seperti Petronas dan BMW mempunyai struktur latihan praktikal yang bagus dan sistematik. Merekan memastikan kebajikan dan tugasan yang diberi kepada pelajar praktikal mereka adalah bersesuaian dengan bidang pengajian, selain menyediakan program orientasi. Selain itu, penting juga untuk anda mengkaji cara memohon program praktikal di sesebuah syarikat. Terma dan syarat permohonan juga perlu diberi perhatian kerana sesetengah syarikat menetapkan minimum CGPA untuk permohonan.

 

3. Sistem sokongan dalam membuat keputusan

Setelah melakukan kajian dan mendapatkan maklumat diperlukan, jangan pula lupa untuk meminta pandangan serta pendapat daripada pihak-pihak penting. Siapa yang boleh anda berjumpa dalam hal ini? Boleh jadi keluarga, pensyarah, rakan-rakan atau senior anda! Lebih bagus sekiranya bertanya pada orang yang pernah menjalani praktikal di syarikat tersebut supaya anda mendapat lebih input berkenaan syarikat tersebut. Soalan wajib yang perlu anda kemukakan nanti:

  • Bagaimana persekitaran dan budaya kerja di syarikat tersebut?
  • Adakah syarikat tersebut menyediakan tugasan yang berkaitan dengan bidang pengajian anda?
  • Adakah sebarang bentuk elaun praktikal diberikan untuk anda? Hal ini sangat penting terutamanya untuk anda yang merancang untuk praktikal jauh dari rumah.

 

4. Cara untuk memohon

Bagaimana pula nak mohon sebagai pelajar praktikal? Lain syarikat, lain kaedah yang digunakan. Setiap mereka mempunyai prosedur tersendiri. Ada syarikat menetapkan hanya menerima permohonan dari website masing-masing seperti Deloitte.

Alternatif lain, anda boleh senaraikan nama syarikat, nombor telefon untuk menghubungi syarikat tersebut, serta alamat emel syarikat. Anda boleh hubungi syarikat melalui medium tersebut untuk bertanya lebih lanjut mengenai:

  • Adakah syarikat tersebut menawarkan program latihan industri?
  • Di mana lokasi untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri dengan syarikat itu?
  • Bagaimana boleh anda mohon untuk mengikuti program tersebut?
  • Dengan siapakah anda perlu berurusan untuk permohonan tersebut?

 

Peringatan! Sekiranya anda telah selesai memohon, pastikan anda sentiasa “follow-up”dengan pihak syarikat untuk menunjukkan minat anda, selain mengetahui status permohonan anda.

Permohonan yang dilakukan awal akan membantu anda dalam mendapatkan tempat praktikal awal, dan seterusnya anda boleh bersiap sedia terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, sekiranya permohonan anda ditolak, anda akan masih mempunyai masa untuk memohon di syarikat lain sebelum bermula tarikh latihan industri anda.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline