Aktor Korea Selatan pertama yang menerima ‘Gold Play Button’daripada YouTube.

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Park-Seo-joon-Gold-Play-Button

Sudah pasti ramai yang minat menonton drama Korea atau dikenali sebagai Kdrama pada masa lapang. Bukan drama Korea sahaja, tetapi drama Cina, English, Indonesia dan sebagainya juga diminati oleh ramai. Sudah pasti juga ramai  Big Fan yang akan menanti-nantikan untuk melihat aktor yang kacak seperti Lee Min Ho, Ji Chang Wook, Gong-Yoo, Cha Eun-Woo, Lee Dong Wook, Park Hyung Sik dan ramai lagi.

Sejak kebelakangan ini, kita mendapat berita gembira daripada aktor yang kacak iaitu Park Seo Joon yang memainkan watak sebagai Park Sae-ro-yi di Itaewon Class telah menerima ‘Gold Play Button’ daripada YouTube. Kejayaan Park Seo Joon mendapat hadiah istimewa daripada pihak YouTube ini telah berjaya mendapat subscriber sebanyak 1 juta lebih di akaun YouTube-nya. Park Seo Joon yang pertama kali membuka YouTube Channel ini pada bulan Julai 2019 tahun lepas berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh para pengemarnya dan staf yang selama ini membantunya.

“Kepada staf yang bekerja siang dan malam untuk mengedit video saya, saya benar-benar tidak berbuat banyak, dan saya rasa berterima kasih kerana saya boleh mendapat ini kepada orang-orang yang telah memberi perhatian atas apa saya lakukan dalam kehidupan seharian saya”ujar Park Seo Joon ketika membuat live streamingnya di YouTube pada 1 Jun, Isnin yang lalu.

Park Seo Joon merupakan aktor Korea Selatan pertama yang menerima hadiah istimewa ‘Gold Play Button’ daripada YouTube dan telah menjadi sebuah sejarah di seluruh dunia.

Tahniah, Park Seo Joon!

 

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline