Manager dan Supervisor yang tidak perikemanusian terhadap pekerja

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

C_PC0008848 download

Pada zaman sekarang, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, mereka semua keluar bekerja untuk mencari rezeki masing-masing bagi menampung  keperluan dalam kehidupan harian. Dalam alam pekerjaan, selain pendidikan mmenjadi  ‘pengukur’ dalam mencari perkerjaan, sikap manusia juga penting kerana ianya mencerminkan peribadi seseorang. Jika sikap yang sombong dan ego, majikan akan memberhentikan perkerjanya tersebut. Ada juga sesetengah majikan yang sangat sombong dan ego terhadap pekerjanya , suka marah terhadap perkerja tanpa sebab,mengerja kekayaan tanpa memikir kepenatan pekerja dan sebagainya. Oleh sebab sikap majikan demikian, sudah pasti perkerja sanggup berhenti berkerja dan mencari perkerjaan yang baru dan selesa.

Pada hari ini, saya akan ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku di sebuah pusat jagaan harian orang tua Trinity Eldercare Centre yang terletak di Kuching. Trinity Eldercare Centre merupakan pusat harian jagaan orang tua yang mula beroperasi pada tahun 2014 di sebuah gereja Trinity Methodist. Pusat jagaan ini beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada 7:30 pagi hingga 6:00 petang dan tutup pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dan juga pada cuti umum.

Seseorang individu yang enggan memberitahu namanya merupakan bekas pekerja di Trinity Eldercare Centre telah mendedahkan bahawa dia telah diberhentikan oleh Supervisor dan Manager tanpa alasan yang munasabah. Dia telah diberi surat berhenti oleh managernya dan menyatakan bahawa dia kononnya tidak lulus dalam probation period selama tempoh 9 bulan dia bekerja di pusat jagaan tersebut. Dia mula berkerja di pusat jagaan tersebut pada Julai 2017 sehingga April 2018  setelah dia tamat tingkatan 5.Dia mula bekerja kerana ingin meringankan beban ibu bapanya dan adik-adiknya juga yang masih bersekolah.Hasratnya ingin menyambung pelajaran dengan berdikari sendiri dengan mencari rezeki tanpa menyusahkan ibu bapanya. Oleh itu, dia mencari perkerjaan yang berdekatan dengan rumah. Setelah dia mendapat pekerjaannya di pusat jagaan tersebut, bapanya menghantar dia setiap hari ke kerja walaupun dalam keadaan tidak sihat.Setelah dia mendapat tahu yang dia diberhentikan oleh Supervisor dan managernya, dia berasa sangat sedih dan ingin tahu apa sebab dia diberhentikan.

Menurutnya, Supervisor pusat jagaan ini merupakan seorang bekas jururawat yang sudah bersara dan merupakan pangkat Sister.  Nama penuh Sister adalah Tie Mee Hua dan managernya pula, Lee Mee Ling (dalam gambar). Menurutnya juga, Sister ini adalah seorang yang cerewet dan selalu menganggap dirinya yang selalu betul semasa berada di tempat kerja. Di tempat kerja, dia mahu pekerjanya menghormatinya saja tetapi dia tidak menghormati pekerjanya.Manager juga turut- menurut perintahnya. Ini adalah secara tidak adil kan? Jika kita mahu dihormati oleh orang, kita juga harus menghormati orang lain juga. Fair and Square. Ini adalah contoh sikap manusia yang ego ketika berada di tempat kerja.Sikap sombong dan ego di tempat kerja tidak dapat memberi kerjasama dengan rakan sekerja yang lain dan hanya menjejaskan reputasi syarikat.

Tambahan juga, dia juga telah memberitahu bahawa manager dia pilih kasih.Pada suatu hari, dia telah masuk ke office manager untuk bertanyakan bila gaji dia akan naik seperti yang dijanji oleh managernya selepas probation period selama 3 bulan. Semasa perbincangan dengan manager dia, manager dia telah memberi banyak alasan yang kononnya sikapnya yang seperti kebudak-budakkan semasa berada di tempat kerja dan manager terpaksa lanjutkan probation period dia dan dia akan bertanyakan Sister apa pendapat beliau terhadap  perkerjaannya. 1 minggu kemudian, Sister itu ingin bertemu dengan dia di pejabat dan dia beritahu bahawa dia berhak untuk memberhentikan dia bekerja di pusat jagaan tersebut. Menurutnya, Sister telah memberitahu dia bahawa dia tidak menghormati Sister dan tak pernah menegurnya ‘Good Morning’ ketika berada di tempat kerja. Dia berasa sangat hairan. Kenapa Sister ingin pecat dia tanpa sebab? Adakah hanya salah satu sebab iaitu Sister tak dihormati lalu dipecat?

Pada pendapat saya, Sister dan manager sangat terlampau dengan sikap kesombongan dan keegoannya. Dia tidak berhak untuk memberhentikan pekerjanya hanya kerana salah satu sebab ini. Sister sebagai supervisor tidak berhak untuk berbuat demikaian seolah-olah dia seperti bos manakala manager pula harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manager di pusat jagaan tersebut. Sebagai seorang majikan, seorang manager mahupun supervisor di tempat kerja, jika perkerja melakukan kesilapan besar seperti mencuri wang syarikat atau keperluan syarikat dan kelakuan yang sangat melampau, pekerja tersebut harus diberhentikan oleh majikan dengan serta merta.Bukan diberhentikan dengan sekadar dia tidak menghormati kita atau tidak menegur kita ‘Good morning’.Apabila semua orang sibuk melakukan kerja mereka, sudah pasti kita tidak sempat memberi teguran. Kita seharuslah melihat kesungguhan pekerja semasa dia menjalankan sesuatu pekerjaannya.

Jadi kepada saudara dan saudari yang bergelar sebagai majikan, supervisor dan manager, tolonglah ambil ikhtibar ini agar kita jangan sebarangan memberhentikan pekerja tanpa alasan yang munasabah. Jangan sebab perkara kecil saja, anda memberhentikan perkerja anda. Bukalah mata dan minda anda untuk meneliti tahap kesungguhan pekerja kita.Mereka juga manusia, yang mempunyai perasaan dan mempunyai ahli keluarga yang tersayang.Hidup kita seperti roda. Hari ini kita senang, esok lusa kita susah, manakala orang lain pula senang. Hidup ini juga ada karma. Anda memberhentikan perkerja anda, anda juga akan ditimpa kesusahan pada masa yang akan datang.

Begitulah sebuah alam perkerjaan dalam kehidupan kita.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline