Keindahan Tanjung Simpang Mengayau yang Meruntun Jiwa

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

WhatsApp Image 2020-08-27 at 08.48.24 (1)

Keindahan Tanjung Simpang Mengayau yang Meruntun Jiwa di daerah Kudat, Sabah

Tanjung simpang mengayau ini sebenarnya menjadi tarikan pengunjung luar dan penduduk tempatan khusunya di Negeri sabah. Setiap kali anda berkunjung ke bandar Kudat, pastinya Tanjung Simpang Mengayau menjadi “rukun” destinasi para pelancong.

Kedudukannya yang menjadi pemisah diantara laut China Selatan dan laut Sulu membuatkan tempat ini menjadi lebih istimewa. Aktiviti bermandi-manda di pantai ini sudah menjadi tradisi, bahkan ada diantara mereka berkunjung semata-mata hanya untuk bermandi-manda sahaja.

Keindahan pantai Simpang Mengayau mampu memukau pandangan para pelancong kerana suasananya penuh dengan aura yang menenangkan serta pemandangan alam yang terbentuk secara semula jadi menjadikan tempat ini sebagai sebuah lokasi tarikan orang ramai.

Waktu yang paling sesuai berkunjung ke Pantai Simpang Mengayau adalah pada waktu petang di mana para pengunjung boleh melihat sendiri Matahari terbenam dengan indahnya disajikan permandangan ciptaan Ilahi yang sungguh indah.

Desiran ombak yang memecah pantai membuatkan hati terasa tenang. Inilah perkataan yang seringkali diungkapan oleh para pengunjung setiap kali merasakan nikmat yang mereka tidak sangka. Keindahannya bukan sahaja boleh dinikmati dengan perasaan gembira bahkan ia boleh dilihat melalui pancaindera dan perasaan yang penuh gelisah. Terapi yang paling berkesan untuk menenangkan diri selain daripada mendekat diri pada pencipta adalah melihat apa yang diciptakan oleh pencipta dengan penuh rendah diri dan rasa syukur.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline