Honda BeAT 2020 kini di CHJ Motors

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Honda Beat 2020 Pink Honda Beat 2020 Merah Pelancaran Honda-Beat-2020_1

Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda BeAT 2020 melalui Facebook live di akaun Honda Motorcycle Malaysia. Antara ciri yang dikemaskini adalah dari aspek teknikal dan dari bentuk rekaan yang lebih moden supaya relevan dengan masa kini.

ENJIN PSP, PGMFI

Dengan dipacu enjin eSP baharu bersama teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan peningkatan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 9.53Nm @ 5,500rpm merupakan tawaran Honda BeAT 2020. Enjin baharu ini turut mematuji piawaian Euro4 serta menawarkan prestasi penggunaan bahan api pada kadar 59.1km per liter.

TEKNOLOGI eSAF

Antara teknologi yang ditawarkan Honda BeAT 2020 ialah teknologi eSAF (Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat/ enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan model baru ini lebih stabil dan ekonomi.

Teknologi ini membolehkan ruang simpanan dioptimakan di samping dapat meningkatkan kapasiti tangki minyak dari 4.0 liter kepada 4.2 liter. Di samping itu, berat Honda BeAT 2020 ini juga telah berkurang sebanyak 4kg, lalu menjadikan berat terkini 90kg.

CIRI BAHARU HONDA BEAT 2020

Antara ciri terkini yang diperbaharui ialah:

  • Lampu hadapan LED
  • Rekaan dan grafik yang lebih trendy
  • Rekaan lampu belakang dan lampu signal yang baru
  • Rim bercorak seakan silang dan panel speedometer terkini
  • Ruang pelana baru & tuil kunci brek
  • Sistem brek combi

Sistem brek combi dan Sistem Kunci Pintar (Smart Lock System, SLS) masih lagi dikekalkan pada Honda BeAT 2020. Sistem ini digunakan untuk memastikan brek kekal hidup sebelum menghidupkan atau menghentikan motosikal. Dan mungkin ada yang belum tahu, Honda BeAT mempunyai suis tongkat sisi automatik yang berfungsi untuk mematikan enjin semasa diturunkan.

PILIHAN WARNA HONDA BEAT

Ditampilkan dengan 4 pilihan warna; Vivacity Red (merah), Force Silver Metallic (perak), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Space Magenta Metallic (merah hati) pastinya dapat menarik para peminat skuter untuk membelinya.

Dilengkapi dengan warranty selama  2 tahun atau 20,000 km, pastinya Honda BeAT 2020 akan menjadi kegilaan peminat skuter pada masa kini.

Untuk pengetahuan semua, model Honda BeAT 2020 telah sampai ke cawangan CHJ Motors pada hari model ini dilancarkan. Dapatkan sekarang di cawangan yang terdekat; kami mempunyai 33 cawangan di sekitar negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Berita baik untuk yang tinggal jauh dari negeri yang disebutkan! Anda yang berada luar dari kawasan Utara juga boleh membeli motosikal secara online atau memohon loan kedai di CHJ Motors. Kami juga boleh mengepos motosikal anda sekitar Semenanjung Malaysia.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline