Rasa lecehlah nak hantar barang? Guna Ninja Packs sahaja!

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

review review 3

Bagi individu yang berniaga secara atas talian atau mempunyai perniagaan kecil-kecilan, sudah pasti penjual tidak akan terlepas dalam menggunakan perkhidmatan kurier. Bercakap mengenai kurier ini, ianya seakan sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dikenakan berbulan yang lalu, jualan secara atas talian meningkat dengan mendadak. Secara tidak langsung membuatkan petugas kurier paling tidak cukup tangan.

Seperti anda sedia maklum, terdapat lambakan perkhidmatan kurier di Malaysia, tetapi kali ini penulis sangat tertarik untuk menulis mengenai sebuah kurier yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan yang cukup berbeza berbanding kurier lain.

Anda pasti pernah mendengar mengenai Ninja Van? Sebuah syarikat kurier dengan watak kartun Ninja yang cukup bergaya yang cukup sinonim dengan penghantaran barangan melalui Shopee. Tahukah anda bahawa Ninja Van juga turut mempunyai perkhidmatan penghantaran yang dipanggil Ninja Packs? Menurut pandangan peribadi penulis, penghantaran barangan menggunakan Ninja Packs sememangnya memudahkan penghantaran barangan dan pengalaman penulis sendiri ianya sangat menjimatkan masa.

Ninja Packs merupakan sebuah pek atau sampul prabayar yang anda boleh gunakan untuk menghantar barangan anda ke Semenanjung Malaysia. Apa yang menarik untuk penulis kongsikan disini ialah dengan pek ini, anda tidak lagi perlu beratur panjang untuk menghantar barangan anda ke kaunter pos. Hanya perlu hantar (drop off) sahaja di mana-mana pusat Ninja Point dan yang paling penting ada lebih 4000 cawangan tau. Ianya cukup mudah sehinggakan penulis berasa terkejut apabila mengetahui terdapat Ninja Point berdekatan rumah penulis. Tidak perlulah penulis bersusah payah nak menghantar barangan lepas ini.

Yang paling penting, bagi penulis ini memang win point! Cas penghantaran telah termasuk dalam pembelian pek ini. Jadi untuk setiap pembelian, anda dah tidak perlu risau mengenai kos penghantaran untuk setiap isi pek. Dengan satu pembayaran, anda dah boleh hantar barangan anda ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia secara percuma!

Mari penulis ajarkan bagaimana anda boleh mendapatkan pek ini.

Langkah 1: Anda boleh beli Ninja Pack secara atas talian di laman web

Langkah 2:  Terima pesanan dalam masa 1-3 hari berkerja

Langkah 3: Bungkus dan masukkan barangan anda ke dalam Ninja Pack

Langkah 4: Buat pesanan di Ninja Dashboard dengan masukkan maklumat penerima

Langkah 5: Hantar ke mana-mana cawangan Ninja Point

 

Dan anda dah siap!

Senang bukan? Anda tidak lagi perlu menulis butiran pada maklumat bil pos atau pun cetak bil pos untuk ditampal pada barangan. Semuanya dijalankan atas talian dan apa yang anda perlu lakukan hanya untuk mengisi maklumat secara atas talian. Kemudian, hantarkan ke Ninja Point.

Mudah sahaja, tak perlu pening-pening kepala dah lepas ini kalau anda nak hantar barang. Penulis turut menggunakan Padded Ninja Packs. Dah siap ada bubble wrap lagi dalam tu! Barangan anda akan lebih dilindungi tau.

 

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline