Mudahkah Open and Distance (ODL) Di Rumah Pada Waktu Covid-19

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

images headline_coronavirus_interest_online_learning_002

Mudahkah Open and Distance Learning (ODL) Pada Waktu Covid-19 ?

  Seperti yang kita sedia maklum, ketika 2019 hampir melabuhkan tirainya, hampir seluruh negara telah dijangkiti dengan wabak virus yang dikenali sebagai koronavirus. Wabak ini mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Disebabkan pandemik ini yang semakin bertambah kesnya dari sehari ke sehari, perintah kawalan pergerakan telah dikuatkuasakan untuk semua rakyat dan juga memberi kesan terhadap tenaga pengajar dan pelajar untuk proses pembelajaran mereka.

Implisit, banyak sekolah-sekolah dan juga universiti telah ditutup bagi mengelakkan wabak ini dari terus merebak kepada orang lain. Dengan penutupan sekolah serta institusi pengajian ini, ia memberi kekangan kepada para pengajar dan juga pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran terutama sekali para mahasiswa dan mahasiswi universiti yang baru saja memulakan pengajian mereka. Ini menyebabkan proses pembelajaran mereka terganggu, tetapi telah diselesaikan dengan jayanya. Pada arus modenisasi ini, penggunaan gadjet telah dikuasai oleh setiap peringkat umur. Remaja merupakan golongan yang mermpunyai keefisienanan dalam menggunakan gadget dan ia akan memudahkan proses pembelajaran mereka.

Adanya kemudahan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa, pelbagai aplikasi telah diciptakan untuk dijadikan platform untuk pengajaran dan pembelajaran seperti aplikasi “google meet”. Dengan adanya aplikasi ini, pelajar boleh belajar melalui dalam talian yang disebut “Open and Distance Learning (ODL)” tanpa pelajar perlu berjumpa secara fizikal untuk sesi pembelajaran dan dimana saja mereka berada. Mereka boleh mengikuti kelas online ataupun bermesyuarat bersama guru ataupun pensyarah mereka. Oleh itu, mereka tidak ketinggalan dengan apa yang hendak diajarkan pada hari itu. Ia juga dapat merapatkan lagi hubungan pelajar yang berlainan bangsa dan juga guru atau pensyarah.

Antara kelebihan pembelajaran online ini adalah, proses pembelajaran yang lebih pendek berbanding dari kebiasaan. Pelajar lebih mudah menghabiskan bahan pembelajaran mereka mengikut kesesuaian dan pemahaman mereka. Selain itu, ia memudahkan pelajar untuk mengulang kaji peljaran mereka. Pelajar boleh mengulang kaji pelajaran mereka sebanyak mana yang mereka mahukan. Di samping itu, kaedah pembelajaran yang tiada had. Seperti yang kita tahu, kaedah pembelajaran setiap orang berlainan seperti kinestetik, auditori dan visual. Pembelajaran secara online sangat meluas seperti adanya grafik, audio dan video. Dengan adanya kaedah pembelajaran seperti ini, para pelajar lebih mudah untuk memahami dan mempelajari pembelajaran tersebut mengikut kategori mereka sendiri.

Disebalik masalah yang telah diselesaikan dan kelebihan itu, terdapat juga kesan negatif dari pembelajaran secara dalam talian ini. Antaranya ialah pelajar sukar untuk melakukan tugasan seharian kerana adanya pembelajaran ini. Mereka akan tersekat antara dua pilihan sama ada melakukan tugasan dirumah dan menolong ibu bapa mereka ataupun menghadiri kelas pembelajaran dalam talian dan menyiapkan tugasan yang mereka perolehi. Selain itu, ialah pelajar akan menjadi kurang fokus untuk belajar  dan mudah berasa bosan. Ini akan menyebabkan merka terlepas sesuatu perkara. Disamping itu, masalah yang paling penting sekali ialah tentang capaian  internet untuk pembelajaran secara dalam talian. Pelajar memerlukan sambungan internet yang laju untuk melancarkan lagi proses pembelajaran mereka. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, ini merupakan satu masalah bagi mereka untuk sentiasa memastikan gadget mereka sentiasa mempunyai sambungan internet. Sama juga seperti pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman. Mereka akan mengalami masalah gangguan internet terutama sekali ketika waktu hujan. Seterusnya banyak gangguan ketika belajar dalamtalian di rumah. Contohnya, suasana yang tidak selesa seperti adik-adik menangis ataupun menjerit serta suasana bising yang lain yang juga akan menyebabkan pelajar hilang fokus ketika pembelajaran berlaku.

Jadi kita sendiri boleh menilai adakah mudah ataupun tidak pembelajaran secara dalam talian ataupun disebut sebagai “Open and Distance Learning (ODL) ini. Terdapat juga kelebihan dan kekurangannya. Maka tiada jalan lain untuk mengatasi masalah ini melainkan penurunannya kes Covid-19 ini sendiri.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline