Gemuk : Satu Kesalahan?

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

gemuk-air

Gemuk didefinisikan sebagai individu yang mempunyai fizikal badan yang besar akibat daripada pemakanan yang tidak sihat ataupun akibat dari masalah kesihatan. Individu yang mempunyai fizikal besar ini acapkali dipandang serong serta dilontarkan dengan kata-kata yang mengguris perasaan mereka. Masyarakat masa kini sering mempunyai perspektif yang tidak benar terhadap orang yang mempunyai fizikal besar ini, bahawa mereka gagal untuk mengawal pemakanan serta tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Gemuk itu bukan kesalahan. Adakalanya seseorang itu gemuk kerana gaya pemakanan yang tidak sihat dek kerana tekanan (stress) di tempat kerja ataupun masalah peribadi. Cara seseorang mengatasi tekanan perasaan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing. Sebagai contoh, ada individu yang mengatasi tekanan tempat kerja dengan pergi bercuti manakala ada juga golongan individu yang menjadikan makanan manis seperti coklat dan aiskrim sebagai ubat kepada tekanan mereka. Pengambilan makanan manis secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, kerana gula merupakan komponen yang paling menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

Gemuk itu bukan kesalahan. Seseorang itu boleh mengalami peningkatan berat badan akibat ubat-ubatan yang dikonsum atas dasar kesihatan. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pengambilan ubat perancang mampu meningkatkan selera makan di mana mereka akan menjadi kuat makan, dan seterusnya mengubah bentuk badan asal mereka. Di dalam kes ini, wajarlah kita mengatakan bahawa mereka terpaksa memilih untuk menjadi gemuk kerana itu adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada. 

Namun kita juga harus faham bahawa golongan gemuk ini pasti sudah berusaha sehabis mungkin untuk mengurangkan berat badan mereka. Harus diingatkan proses untuk menurunkan berat badan adalah tidak mudah dan merangkumi proses yang memenatkan. Adakala emosi mereka terganggu sehingga menjadikan mereka berputus asa dan kembali kepada gaya pemakanan yang tidak sihat. 

Maka marilah kita mengubah perspektif pemikiran kita terhadap orang yang berfizikal besar. Kadang kala, mereka dihimpit dengan situasi dan masalah yang di mana ia memberi kesan kepada bentuk badan mereka. Janganlah kita sebagai manusia yang berfikiran waras, mempunyai tanggapan yang serong terhadap mereka yang berbadan besar. Gemuk itu bukan satu kesalahan. Dan gemuk itu tidak kekal. Mereka boleh menjadi kurus dan sihat bila-bila masa. Marilah kita memberi mereka masa kerana sesungguhnya dalam semua perkara masa yang menentukan.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline