Bekerja di tapak pembinaan.

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

IMG-20200408-WA0093

Pengalaman kerja di tapak pembinaan.

 

Aku seorang yang suka belajar sesuatu yang baru. Segalanya yang aku boleh belajar, tak kira dari segi pelajaran formal, atau dari pengalaman, aku mesti akan cuba. Itu sebab mak aku kata, aku seorang yang suka mengambil risiko.

Aku sebenarnya graduan dari Universiti Malaya, dan kalau diikutkan, dengan pengalaman kerja aku dalam industri perbankan, dan ijazah yang aku ada, mesti aku boleh dapat pekerjaan yang lagi baik, tapi kenapa kerja kontrak?

Semua ini bermula bila aku rasa, aku dah “cukup” dengan politik pejabat. Aku berpengalaman bekerja dengan Standard Chatered Bank, didalam skop Pentadbiran dan Perkhidmatan Pejabat (Aministration & Office Service). Kemudian selepas beberapa lama, aku bekerja pula dengan sebuah institusi kewangan milik KWSP, iaitu MBSB (Malaysia Building Society Berhad), dan aku berhenti sebelum MBSB ditukar status menjadi sebuah bank.

Aku penat dengan politik pejabat. Aku jadi hilang moral. Perkara aku lalui sehari-hari adalah rutin. Yang itu-itu saja. Bosan.

Dari situ aku bermula sebagai orang yang mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja mengecat. Cat rumah, pejabat, kedai, dan aku pernah cat kilang.

Sebelum ini, di kampung pun aku memang berpengalaman membuat kerja mengecat, dan kemahiran mengecat masih ada, Alhamdulillah. Jadinya, aku teruskan saja dengan kesukaan aku. Banyak orang kata, “ala.. mengecat..”.

Anda tahu? Mengecat, bukan sekadar mengambil roller, celup cat, dan terus sapu ke dinding. Itu, bukan cat kawan. Itu mewarna dinding namanya. Mengecat haruslah ada caranya. Kalau dinding itu dalam keadaan rosak, bagaimana betulkannya dulu? Kalau cat lama mengelupas, boleh terus dicat saja? Banyak teknikalnya. Tapi, pandangan masyarakat, masih “alaa..mengecat”. Marah juga aku.

Setelah hampir 3 tahun, aku berjaya mendapat kepercayaan kebanyakan pemilik perniagaan berasaskan hiasan dalaman, yang memerlukan seorang tukang cat berpengalaman, dan dari situ aku membina karier.

Aktiviti mengecat luar bangunan, dalam bangunan. (tidak kira rumah, atau pejabat, atau kilang, atau bangunan tinggi, tetaplah aku jalankan.) Juga aktiviti mengecat menggunakan cat kesan khas seperti Momento. Aku ambil. Kepakaran kawan, itu yang orang mahu.

Nah, aku lampirkan gambar aku sewaktu aku bekerja di dalam sebuah tapak bina di ibukota. 2019. Banyak yang pelik dan bertanya, “kenapa tinggalkan kerja yang baik hanya kerana mahu menjadi tukang cat?”

Kawan, itulah kepuasan namanya.

Jika diterima penulisan aku yang tidak seberapa ini, barangkali aku akan ceritakan lagi pengalaman kerja aku sebagai tukang cat. Yang seronok, yang menjadi bahan ketawa, yang membuat aku menangis diatas motor, yang membuat aku berhenti di tepi jalan, yang membuat aku dianiaya, yang membuat aku bahagia.

 

 

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline