73 BEG DARAH DIKUMPUL: BANJIR TIDAK HALANG PENDERMA DARAH DI NEGERI SEMBILAN

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Screenshot_20211224-101028_WhatsApp Screenshot_20211224-101214_WhatsApp Screenshot_20211224-101034_WhatsApp

73 BEG DARAH DIKUMPUL: BANJIR TIDAK HALANG PENDERMA DARAH DI NEGERI SEMBILAN
Oleh: Zaliha Idris

<gambar>
Antara penderma darah yang sama-sama membantu Kempen Derma Darah dan Saringan Kesihatan di Lobi Utama Hospital UCSI
SPRINGHILL – Kempen derma darah untuk mengisi Tabung Bekalan Darah Hospital Tuanku Jaafar bagi keperluan negeri terbabit dalam banjir mendapat sambutan menggalakkan dan melebihi sasaran.
Ketua Pegawai Operasi Hospital UCSI, Abu Bakar Jalaluddin, berkata pihaknya telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan kempen derma darah buat julung kalinya ini, dan saringan kesihatan secara percuma kepada penduduk Negeri Sembilan pada 18 Disember 2021 yang lalu.
Kempen ini dikendalikan dari usaha bersama Hospital UCSI, dengan pihak Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Jaafar di mana kempen satu hari di sini dari 10 pagi hingga 4 petang berjaya mengumpulkan 73 beg darah.
Ahli kelab motorsikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur turut turn padang bersama-sama menderma darah dan melakukan saringan kesihatan bagi mengenalpasti tahap glukosa, BMI dan juga tekanan darah tinggi.

<gambar>
Sebahagian dari ahli kelab motor berkuasa tinggi yang hadir menderma darah di Hospital UCSI

Sementara itu, Prof. Dr. Amaluddin Ahmad, Pengarah Perubatan dan Pakar Kanak-Kanak Hospital UCSI berkata pihaknya bangga dengan keprihatinan orang ramai yang berbilang kaum terhadap kempen itu.
“Orang ramai tidak putus-putus datang untuk menderma darah hari ini sehingga tempat duduk untuk menunggu giliran terpaksa ditambah, meskipun hari ini banjir besar melanda negara dan turut menjejaskan penduduk di sekitar Negeri Sembilan, namun ramai yang masih sudi meluangkan masa,” katanya.
Abu Bakar Jalaluddin, Ketua Pegawai Operasi Hospital UCSI berkata, kami telah menyatakan hasrat kepada Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Jaafar untuk menganjurkan kempen derma darah seumpama in idi Hospital UCSI setiap 3 bulan sekali di masa hadapan bagi membolehkan bantuan bekalan darah berterusan dapat diberikan kepada pihak Hospital Tuanku Jaafar dan pesakit yang memerlukan.
“Kami masih mengharapkan agar lebih ramai penderma tampil membantu pihak Hospital UCSI dan Hospital Tuanku Jaafar dengan menderma darah secara berkala,” ujar beliau yang bertekad melaksanakan lagi kempen tersebut akan datang.

<gambar>
Sebahagian dari petugas Unit Darah Hospital Tuanku Jaafar dan jawatankuasa pelaksana Kempen Derma Darah dan Saringan Kesihatan Hospital UCSI
Shika Syafira Mohd Zain, Pegawai dari Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Jaafar Seremban pula ketika diminta ulasan menyatakan penghargaan mewakili Hospital Tuanku Jaafar terhadap inisiatif Hospital UCSI melaksanakan program tersebut.

Facebook Comments

Artikel Viral Menarik Yang Anda Belum Baca:

Kongsi Artikel Menarik Ini di:

Leave a Reply

Inline
Inline