SMARTPHONE & INTERNET
Dunia gajet sekarang ini telah menjadi trend ataupun budaya zaman ini termasuk budak sekolah atas dasar keperluan semasa. Kecanggihan dunia gajet semakin mudah melakukan apa jua urusan dalam talian ataupun online.
Kecanggihan gajet smartphone semakin hari semakin berubah ke arah lebih baik sistem smartphone. Tambah-tambah lagi dengan kelajuan internet yang di keluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar internet dan telekomunikasi.
Dengan adanya smartphone dan sambungan internet sebagai pelengkap kepada kedua-dua sumber ini, menyebabkan ramai masyarakat ini gemar atau suka melayari internet hanya di hujung hari dengan smartphone masing-masing tanpa perlu lagi pergi ke pusat cyber cafe (CC) hanya semata-mata melayari internet.
Facebook, Instagram (IG), Twitter, WhatsApps, YouTube dan lain-lain seumpamanya adalah antara platform-platform yang majoriti suka layari.
Namun, bergantung kepada tujuan masing-masing atas keperluan apa dan matlamat apa melayari media sosial tersebut.
Selari dengan zaman 2020, minda kita juga mestilah berubah kehendak zaman semasa. Kita kena bijak cara menggunakan smartphone dan internet.
Apa guna ada smartphone dan internet jika tidak manfaat sebaik mungkin.
Sebagai contoh media sosial Facebook (FB), adalah hampir seluruh negara mengunakan FB sebagai perantaraan berhubung antara satu sama lain. Yang ada keluarga berjauhan, mereka boleh guna FB untuk membaca dan melihat perkembangan terkini berita-berita ahli keluarga.
Contoh lain pula, mereka yang ahli bisnes online sudah tentu akan manfaat FB untuk melakukan jual beli guna FB. FB percuma sahaja sebagai untuk membuat marketing dan jualan. Namun di sebalik percuma itu ada yang berbayar. Cara berbayar ini kita perlu cari mentor atau sifu-sifu yang benar-benar ramai orang percaya sifu-sifu online itu bukan scammer. Jika scammer buruk padahnya. Kita yang rugi. Sifu-sifu online kita perlu cari untuk kita membuat pendapatan sampingan sebagai saluran rezeki ke-2, ke-3 dan seterusnya untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Selain itu, dengan perkembangan arus semasa juga, ada juga cikgu-cikgu atau sifu-sifu membuka kelas online WhatsApps. Dengan kemudahan aplikasi WhatsApps ini ada banyak fungsi kita boleh manfaat. Jika tidak mampu peegi kelas berbayar, sertai saja kelas online WhatsApps yang di buat oleh cikgu-cikgu online dalam membantu masyarakat untuk buat pendapatan. Biasanya kelas-online WhatsApps ini cikgu-cikgu atau sifu-sifu online tidak mengenakan apa-apa caj bayaran kerana WhatsApps itu sendiri percuma.
Paling terbaru adalah ketika negara kita Malaysia di serang wabak Covid-19 yang mengancam nyawa setiap individu tidak kira usia dan jantina mahupun bangsa. Dalam krisis Covid-19 Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula PKP-1 hingga PKP-4 dan di lanjutkan hingga Aidil Fitri menjadi PKPB. Dalam tempoh PKP hampir keseluruhan premis-premis bisnes termasuk swasta di larang beroperasi kerana untuk membendung wabak Covid-19 yang merbahaya. Kesan penutupan operasi bisnes secara off-line menyebabkan majoriti terjejas sumber kewangan untuk menyara keluarga keperluan harian.
Jom baca Artikel Penuh